Tahun baru dalam Kalendar Islam iaitu 1 Muharram 1444H – 2022M (Awal Muharram/ Maal Hijrah) akan disambut di Malaysia pada 29 Julai 2022 (Jumaat). Sempena dengan ketibaan tahun baru Islam ini, berikut dikongsikan bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah Dalam Rumi sebagai panduan kepada umat Islam semua.
Anda boleh merujuk kepada Kalendar Islam untuk mengetahui tarikh-tarikh penting yang lain dalam Islam termasuk Awal Ramadhan, Maulidur Rasul, 1 Syawal dan banyak lagi.
Bacaan Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah
Berikut disertakan sedikit maklumat berkaitan bacaan doa akhir dan awal tahun:-
- Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
- Manakala Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram
DOA AKHIR TAHUN
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah
DOA AWAL TAHUN
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Video Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah
SUMBER. Video kredit Shafiqolbu
Salam Maal Hijrah. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1444H. Semoga panduan Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah ini bermanfaat buat semua.