Anda layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat atau lebih dikenali sebagai BSH? Bagaimana cara untuk membuat permohonan BSH 2020 bagi mendapatkan bantuan ini? Bagaimana pula cara untuk mengemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 bagi yang pernah mendapat bantuan ini pada tahun lepas? Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan dan juga kemaskini BSH bagi tahun 2020.
Bagi makluman semua, Bantuan Sara Hidup Rakyat adalah nama baharu bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau lebih dikenali sebagai BR1M sebelum ini. Bermula tahun 2018, kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil alih pemerintahan kerajaan Malaysia dan masih meneruskan bantuan kewangan untuk rakyat ini.
Maklumat Permohonan Dan Semakan BPN (Bantuan Prihatin Nasional)
- Klik Semakan Status Penerimaan BPN
- Masukkan No. Kad Pengenalan – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja
- Masukkan Kod captcha yang diberikan
- Keputusan akan dipaparkan
- Sekiranya status semakan adalah “TIADA REKOD”, anda boleh membuat permohonan baharu dengan mengklik “Permohonan Baharu” bermula dari tarikh 1 April sehingga 30 April 2020
- Untuk permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari Portal Rasmi LHDNM bermula 3 April 2020
- Nota : Tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat
- Maklumat lanjut, orang awam boleh mengemukakan pertanyaan mengenai BPN di talian 03-8911 1000 atau +603-8911 1100 (bagi mereka di luar negara), dari jam 9 pagi – 5 petang Ahad – Jumaat (Mulai 30 Mac 2020)
- Selain itu, talian Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu 1800-88-2747 turut akan beroperasi untuk menjawab sebarang pertanyaan berkenaan BSH
- Maklumat BSH tahun 2020 akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan secara rasmi di Portal Rasmi BSH
JENIS JUMLAH BANTUAN DAN SYARAT KELAYAKAN BSH 2020 | ||
Berikut merupakan jenis bantuan BSH bagi tahun 2020 beserta syarat kelayakan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 | ||
RM 500 | RM 750 | RM 1,000 |
Isi Rumah (A) Mempunyai pendapatan kasar bulanan seisi rumah : RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk bujang berumur 60 tahun ke atas) | Isi Rumah (B) Mempunyai pendapatan kasar bulanan seisi rumah : RM2,001 hingga RM3,000 (termasuk bujang berumur 60 tahun ke atas – warga emas) | Isi Rumah (C) Mempunyai pendapatan kasar bulanan seisi rumah : RM2,000 dan ke bawah (termasuk bujang berumur 60 tahun ke atas) |
Warganegara Malaysia yang tinggal menetap di Malaysia sahaja | ||
RM 120 / ANAK | ||
Bantuan Tambahan | ||
Untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah | ||
Dikecualikan atau tiada had umur bagi anak OKU | ||
Hanya terhad sehingga 4 orang anak / keluarga | ||
RM 300 | ||
Individu Bujang | ||
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak berumur 40 tahun hingga 59 tahun | ||
RM 300 | ||
OKU | ||
Orang Kurang Upaya berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 |
Borang Permohonan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat
Bagi mereka yang belum pernah menerima BSH sebelum ini, anda perlu membuat permohonan kali pertama untuk mendapatkan bantuan tersebut. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan melalui borang permohonan dan maklumat berkaitan.
Kelayakan Umum Permohonan BSH 2020
Selain penerima BSH kategori isi rumah, permohonan juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun ke atas seperti diumumkan dalam Belanjawan 2020.
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah
- Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Pasangan BUKAN Warganegara Malaysia DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad / MyKid)
- Hubungan anak mestilah
- Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja; dan
Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan - 18 tahun dan ke bawah; atau
- 19 tahun dan ke atas:
- Masih belajar sepenuh masa di Intitut Pengajian Tinggin Awam/Swasta; atau
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Individu Yang Layak Membuat Permohonan Dan Kemaskini BSH 2020
Pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu atau mengemaskini maklumat sekiranya permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat dan pemohon orang kurang upaya (OKU) yang tersenarai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Walau bagaimanapun, pemohon perlu membuat permohonan baharu atau kemas kini sekiranya :-
- Belum membuat pendaftaran BSH (Kategori Baharu)
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan tidak menepati syarat kelayakan BSH 2020 dan
- OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.
Tarikh Rasmi Pendaftaran BSH 2020 Dan Kemaskini
Berikut adalah tarikh tempoh pendaftaran permohonan baru BSH 2020 serta kemaskini maklumat seperti dipaparkan di Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat.
TARIKH PERMOHONAN BAHARU BSH 2020 | |
Tarikh Buka | 1 Februari 2020 |
Tarikh Tutup | 15 Mac 2020 |
Cara Membuat Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020
Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 boleh dilakukan melalui dua cara atau kaedah seperti berikut:
Cara Pertama : Permohonan Secara Atas Talian (Online)
Sebuah portal khas untuk membuat permohonan secara atas talian telah disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Permohonan secara atas talian hanya dibuka mengikut tempoh yang diumumkan di portal rasmi berkenaan.
Pemohon perlu mengunjungi portal berkenaan seperti pautan yang disediakan di bawah. Pemohon juga disarankan membuat cetakan salinan permohonan untuk disimpan sebagai rujukan.
- Klik : https://bsh.hasil.gov.my/
- Nota: Panduan Penggunaan Sistem Permohonan Secara Atas Talian (Online) BSH 2020 (Pemohon Baru)
Cara Kedua : Permohonan Secara Borang Manual
Permohonan juga boleh dibuat melalui pengisian borang secara manual dengan muat turun borang di Portal Rasmi BSH atau mendapatkannya di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berhampiran. Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berhampiran anda.
*Peringatan: Pemohon disarankan membuat permohonan menggunakan salah satu daripada cara yang disediakan untuk mengelakkan daripada berlaku duplikasi atau pertindihan identiti pemohon dan kandungan maklumat.
Salinan Dokumen Yang Perlu Dikemukakan (Yang Mana Berkenaan)
Pemohon
- Salinan sijil perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN
- Salinan sijil perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN
- Salinan sijil kematian pasangan yang dikeluarkan JPN
- Salinan sijil dekri nisi/dekri nisi mutlak yang dikeluarkan oleh mahkamah
Pasangan
- Salinan pengenalan pasangan (MyKad/MyPR/MyKAS)
- Salinan pasport/visa/UNCHR/Pas sempadan/sijil lahir/kad pengenalan lama
Anak
- Salinan MyKad/MyKid (Anak kandung atau anak angkat)
- Salinan sijil lahir (Anak kandung)
- Salinan sijil daftar anak angkat yang dikeluarkan JPN (Anak angkat)
Info Penting Permohonan Baru BSH
Akaun Bank
- Bantuan akan disalurkan dalam bentuk kredit terus ke akaun bank penerima mengikut jadual pembayaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengelak daripada beratur panjang di kaunter.
- Pemohon yang baru membuat permohonan kali pertama digalakkan membuka akaun bank individu sekiranya tidak mempunyai akaun bank di cawangan bank yang disertakan di bawah.
CARA MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP |
Kemaskini BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat
Penerima sedia ada BSH 2020 iaitu mereka yang telah layak dan menerima bantuan sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baru. Anda hanya perlu membuat kemaskini permohonan jika terdapat perubahan pada maklumat dengan mengisi maklumat terkini khususnya maklumat peribadi dan lain-lain dengan betul. Berikut dikongsikan panduan atau langkah untuk membuat kemaskini permohonan.
Kemaskini BSH 2020
Tempoh kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 seperti yang dipaparkan di Portal Rasmi BSH adalah seperti ketetapan berikut (bsh 2020 akan dibuka):
TARIKH KEMASKINI BSH 2020 | |
Tarikh Buka | 1 Februari 2020 |
Tarikh Tutup | 15 Mac 2020 |
Bila Perlu Kemaskini Maklumat BSH 2020
Pemohon-pemohon perlu mengemaskini maklumat BSH 2020 sekiranya perkara-perkara berikut terjadi:
- Jika terdapat perubahan dalam maklumat peribadi terutamanya no. telefon, alamat rumah dan lain-lain.
- Jika terdapat perubahan status perkahwinan seperti kematian pasangan / tanggungan, penceraian dan perubahan waris.
- Hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun permohonan.
Apa yang Perlu Dikemaskini Maklumat BSH 2020
- Nombor telefon bimbit atau rumah.
- Alamat emel terkini.
- Alamat surat-menyurat terkini.
- Status perkahwinan seperti kematian pasangan atau bercerai (mesti disertakan tarikh)
- Maklumat pasangan dan tanggungan (No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Passport / Visa / Sijil Kelahiran perlu diisi dengan betul).
- Maklumat waris terkini untuk membolehkan waris membuat tuntutan Skim Khairat Kematian (jika waris terdahulu telah meninggal dunia).
- Maklumat akaun bank (persendirian sahaja).
Nota: Jika pemohon tidak memberikan maklumat nombor akaun bank untuk permohonan sebelum ini, anda disarankan memberikan maklumat akaun bank bagi permohonan 2019 melalui sistem kemaskini online atau dengan mengiri borang (secara manual) untuk memudahkan dan melancarkan proses pemberian bantuan.
Cara Membuat Kemaskini BSH 2020
Kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 boleh dibuat melalui dua cara juga iaitu seperti berikut:
Cara Pertama : Kemaskini Secara Atas Talian (Online)
Pemohon boleh mengemaskini maklumat penting peribadi secara atas talian (online) di portal rasmi BSH yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Setelah membuat kemaskini, pemohon disarankan membuat cetakan salinan sebagai simpanan dan rujukan. Pemohon boleh melayari Portal Rasmi BSH LHDNM pada tarikh kemaskini dibuka seperti pautan yang disediakan di bawah.
- Klik : https://bsh.hasil.gov.my/
- Nota: Kemaskini BSH adalah melalui MyBSH
Cara Kedua : Kemaskini Secara Borang Manual
Pengemaskinian maklumat BSH juga boleh dibuat melalui pengisian borang secara manual dengan memuat turun borang di portal rasmi BSH seperti disediakan di pautan di bawah atau mendapatkannya di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berhampiran. Setelah siap diisi dengan lengkap, borang kemaskini maklumat BSH hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup kemaskini di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan.
- Klik : Borang Kemaskini BSH
*Peringatan: Pengemaskinian maklumat hendaklah dilakukan melalui salah satu daripada dua cara yang disediakan sama ada secara atas talian (online) ataupun secara manual (pengisian borang) bagi mengelakkan pertindihan maklumat dan identiti pemohon.
Info Penting Kemaskini Maklumat BSH 2020
- Penerima sedia ada BSH 2010 tidak perlu lagi melakukan permohonan baru tetapi hanya perlu mengemaskini permohonan dengan memberikan maklumat terkini bagi mengelakkan permohonan ditolak.
- Kebanyakan permohonan lambat diproses ataupun gagal keranan maklumat yang diberikan tidak lengkap atau tidak terkini.
- Nombor akaun bank yang diberikan hendaklah diisi dengan betul agar bantuan berjaya disalurkan.
- Sekiranya status permohonan menunjukkan didaftarkan, itu tidak semestinya bermaksud permohonan telah diterima terutama sekali bagi pemohon yang telah lama memohon seperti penerima BR1M 2016 yang tidak mengemaskini pada tahun 2017 dan sebagainya. Status permohonan didaftarkan adalah bagi tahun-tahun sebelumnya dan kemaskini pemohonan perlu dilakukan.
- Sekiranya tiada sebarang pindaan yang ingin dilakukan bagi permohonan tahun ini, penerima disarankan untuk membuat juga kemaskini dengan menghantar pengemaskinian bagi BSH 2019 untuk mengesahkan maklumat tersebut adalah yang terkini selain memaklumkan bahawa penerima masih hidup.
Agensi Yang Terlibat dalam Proses Verifikasi Kelayakan BSH
Permohonan dan kemaskini maklumat BSH akan melalui proses verifikasi atau penyemakan kelayakan bagi mendapatkan BSH melalui beberapa agensi seperti:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Angkatan Tentera Malaysia
- Kementerian Luar Negeri
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Kumpulan Wang Persaraan
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Jabatan Pengangkutan Jalan
- Jabatan Agama Islam Negeri
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia Termasuk PDRM
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat kepada FAQ yang disediakan seperti pautan di bawah ataupun hubungi mana-mana butiran berikut:
- Klik : FAQ Permohonan | Permohonan & Kemaskini BSH
- Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berhampiran
- Pertanyaan secara langsung dengan melayari Facebook Rasmi LHDNM di pautan berikut
- Klik : Facebook Rasmi LHDNM
- Membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)
- Menghantar emel ke bsh@treasury.gov.my
*Penafian: Segala maklumat mengenai BSH 2020 di atas didapatkan melalui fakta BR1M / BSH 2019/ 2020 dan tertakluk kepada sebarang perubahan. Maklumat rasmi akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman oleh Kementerian Kewangan Malaysia dikeluarkan.