Borang Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin). Berita baik buat rakyat Johor yang ingin memiliki rumah sendiri. Skim Sewa Beli Hartanah Jauhar Prihatin adalah salah satu daripada inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memliki rumah.
Skin Jauhar Prihatin antara lain membolehkan para penyewa berpeluang untuk memiliki rumah selepas lima tahun menyewa. Harga rumah yang ditawarkan semasa menandatangani perjanjian jual beli pula adalah sama sewaktu perjanjian sewa beli lima tahun dahulu.
Hasil simpanan para pembeli akan ditukarkan sebagai deposit pembelian sekali gus melepaskan beban untuk mengumpulkan bayaran pendahuluan yang merupakan anatara punca utama ramai golongan berpendapatan gagal dalam proses pembelian rumah.
Cara Membuat Permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin)
Berikut dikongsikan panduan cara membuat permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin) beserta syarat-syarat permohonan.
Syarat-Syarat Wajib Permohonan
Sebelum mengisi borang permohonan yang boleh disi di pautan berikut, sila pastikan anda melelpasi syarat wajib permohonan.
Permohonan adalah dibuka kepada :-
- Keutamaan kepada Rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Johor lebih dari 10 tahun
- Berusia lingkungan 18 – 45 tahun dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
- Pendapatan kasar isi rumah RM1,500 – 10,000 sebulan (mengikut kategori rumah yang dipohon)
- Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri / merupakan rumah pertama
- Pemohon tidak muflis
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Johor
Senarai Dokumen Asal Dan Salinan Yang Perlu Di Sertakan Bersama Borang Permohonan
Berikut adalah senarai dokumen untuk permohonan yang diperlukan :-
A. MAKLUMAT MENGENAI DIRI & KELUARGA
- Salinan Photostat Geran Hakmilik individu
- Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran pemohon
- Salinan Photostat Sijil Perkahwinan
- Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran pasangan
- Salinan Photostat Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran anak-anak
- Bukti alamat kediaman sekarang – (Salinan Bil telefon TM/Unifi, Bil TNB atau Bil Air SAJ)
B. MAKLUMAT MENGENAI PENDAPATAN & PEKERJAAN : UNTUK PEKERJA YANG BERGAJI
- Slip gaji terkini untuk 3 bulan yang telah disahkan oleh majikan
- Penyata tahunan EPF
- EA Form /EC Form / Borang J
- Surat Pengesahan Majikan
- Penyata bank gaji terkini untuk 3 bulan
UNTUK YANG BEKERJA SENDIRI
- Salinan Photostat Kad Pengenalan
- Surat SSM (Pendaftaran perniagaan)
- Penyata bank terkini untuk 6 bulan jika perniagaan lebih setahun dan Penyata bank bagi setiap bulan jika perniagaan kurang dari setahun.
C. CARA-CARA MENGEMUKAKAN BORANG PERMOHONAN
Borang Permohonan yang telah siap diisi boleh dihantar melalui pos atau datang terus ke pejabat Generasi Takzim Sdn. Bhd. seperti alamat di bawah:-
- GENERASI TAKZIM SDN. BHD
- G-07 & 08, Blok 4, Danga Bay, Jalan Skudai,
80200 Johor Bahru, Johor - Tel : +607-2358000/+607-2358377 Faks : +607 235 9377
Senarai projek perumahan yang ditawarkan boleh dirujuk di KPRJ.
Kepada mereka yang ingin memiliki rumah sendiri, jangan berlengah lagi. Moga perkongsian cara permohonan Skim Sewa Beli Hartanah Johor (Jauhar Prihatin) bermanfaat buat semua.