Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) Maktab Perguruan. Bagi mereka yang bakal menduduki UJIAN KELAYAKAN CALON GURU untuk memasuki Institut Pendidikan Guru atau IPG, berikut adalah Contoh Soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG)
Soalan INSAK (Ujian Inventori Sahsiah Keguruan) lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.
UJIAN KELAYAKAN CALON GURU terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :
A. SESI UJIAN BERTULIS (eUKCG)
√ e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
√Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
√Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
B. Video Pengajaran (VP)
√ Calon yang lulus e-UKCG sahaja dikehendaki menyediakan VP.
√ Menghasilkan VP antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman VP hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
√ Hantar link/ URL VP ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Garis Panduan Penyediaan Video Pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki saringan e-UKCG.
√ Sekiranya calon tidak menghantar VP, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
√ Penyediaan VP hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.
C. Video Kecergasan Fizikal
√ Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
√ Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
√ Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
√ Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
√ Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.
3. SESI TEMU DUGA
√ Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga.
√ Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
Contoh Soalan eUKCG
- 1) Isu PPSMI-setuju/tidak dimansuhkan? kenapa?
- 2) PIPP – apakah yang dimaksudkan dengan sekolah kebangsaan,bagaimana untuk memperkasa sekolah kebangsaan, baca secara ringkas dan fahami setiap elemen dalam PIPP
- 3) 1Malaysia – apakah slogan, konsep, ada dua aspek iaitu teras perpaduan dan nilai aspirasi, teras perpaduan terdiri daripada penerimaan. keadilansosial, prinsip kenegaraan.nilai aspirasi antaranya kebijaksanaan, kesetiaan,….apa beza 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia
- 4) Sila hafal nama menteri-menteri terutama menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajaran
- 5) Apakah cabaran guru?
- 6) Simple question-kenapa minat jadi cikgu?
- 7) Apa beza sekolah cluster, sekolah wawasan dgn sekolah bestari
- 8) Siapakah bapa pembangunan, pemodenan, kemerdekaan
- 9) Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.
- 10) Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.
Nota Peringatan: Soalan ini bukan soalan sebenar, sekadar perkongsian dan panduan sahaja.