Berikut disertakan contoh surat notis berhenti kerja (resignation letter) dalam Bahasa Malaysia untuk panduan semua. Surat berhenti kerja contoh atau Tempoh Notis perletakan jawatan samada 24 jam ataupun 1 atau 2 dan mungkin 3 bulan biasanya bergantung kepada kontrak yang tertera semasa penerimaan tawaran pekerjaan.
CONTOH SURAT 1
KFC USJ 20 DRIVE THRU,
LOT 49946, JLN P’SIARAN KEWAJIPAN,
USJ 20 47630 SUBANG JAYA SELANGOR
________________________________________________________________________
LOT 63, LORONG 3,
KG. KENANGAN BATU 13,
47100 PUCHONG SELANGOR
PERKARA: PERLETAKKAN JAWATAN
MERUJUK PERKARA DI ATAS SAYA MUHAMAD ARIEF BIN MD. NOR SELAKU STAFF KFC USJ 20 INGIN MELETAKKAN JAWATAN BERMULA 1/12/12 ATAS SEBAB INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN.
SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SAYA PELUANG BEKERJA DAN MEMBERI TUNJUK AJAR SEPANJANG SAYA BEKERJA DISINI.
DISINI SAYA INGIN MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KESULITAN YANG TIMBUL SEPANJANG BEKERJA DI RESTORAN INI AMAT SAYA KESALI.
SEKIAN TERIMA KASIH
YANG BENAR,
_______________________________
(MUHAMAD ARIEF BIN MD. NOR)
kredit Zaman Muda Ku
- Koleksi Surat berhenti kerja contoh BM dan English klik Jawatan Kosong
CONTOH SURAT 2 :
*********************************************************************************
Nooramyma Ommar
Batu 7 ½, Jalan Tuaran
Kota Kinabalu,
Sabah.
Kepada : Pengurus Sumber Manusia
Big Wheel Green Tyres 8 Mei 2014
Puan,
PER : PERLETAKAN JAWATAN
Merujuk perkara di atas, saya Nooramyma Binti Ommar, A113, bertugas sebagai General Admin and Human Resources ingin memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang permohonan saya untuk meletak jawatan dengan notis satu bulan bermula pada 8 Mei 2014 hingga 8 Jun 2014.
Sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini ialah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan seterusnya mendesak untuk saya berhenti bekerja dengan serta merta. Saya memohon maaf kerana kesulitan ini amatlah dikesali.
Oleh yang demikian, saya amat menghargai kerjasama dari pihak pengurusan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikatkerana telah banyak memberikan tnjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama melaksanakan tugas.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_______________________
(NOORAMYMA OMMAR)
GA & HR
kredit : Mrs Mahadi Rosmin
Semoga Contoh Surat Berhenti Kerja Yang Mudah Dan Terbaik ini boleh dijadikan panduan buat anda semua dalam mengarang surat kiriman rasmi.
Related : gembira selama saya berkhidmat, memaklumkan kepada pihak tuan, mudah dan ringkas, my career, has been, untuk berhenti kerja, tunjuk ajar dan kepercayaan, surat rasmi berhenti kerja, this is, thank you, pihak tuan dapat mempertimbangkan