Panduan terkini dikemaskini pada

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kemasukan Ke SMT Dan KV

Contoh Surat Rayuan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2019. Berikut adalah contoh surat rayuan permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional untuk rujukan para pemohon yang gagal. Untuk makluman, pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan.KV dan SMT dengan hadir ke KV/ SMT yang dipohon mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tarikh rayuan adalah berdasarkan kepada 2 aliran iaitu Aliran Perdana dan Aliran PAV.

Untuk makluman juga, semakan keputusan kemasukan ke KV & SMT ambilan tahun 2019 boleh disemak pada – Januari sehingga – Januari 2019. Keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan juga syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid. Pemohon yang berjaya dalam tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi KV/ SMT tempat pelajar memohon.

contoh surat rayuan kv smt

Permohonan Rayuan KV Dan SMT 2019

Berikut adalah contoh surat rayuan permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik buat panduan para pemohon yang gagal dan berminat untuk memasuki KV dan SMT.

(Nama Pelajar)
(Alamat Rumah)

Pengetua Kolej Vokasional……../Sekolah Menengah Teknik
(Alamat Lengkap Sekolah/ Kolej Vokasional yang dipohon)                              (Tarikh)

Tuan/ Puan,


Per : Rayuan Kemasukan ke Kolej Vokasional ?……../Sekolah Menengah Teknik ?…..Bagi Sesi Kemasukan ke Tingkatan 4 tahun 2019

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/ Puan untuk mempertimbangkan semula permohonan kemasukan saya ke Kolej Vokasional?……/ SekolahMenengah Teknik?……..tingkatan 4 sesi 2019

2. Dalam keputusan Peperiksaan PT3 Tahun 2018 yang lepas,saya telah mendapat keputusan……..

3. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut:-

Nama Pemohon : Nama pelajar
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar….
No Kad Pengenalan :………………..
Angka Giliran :…………………

4. Bersama-sama dengan surat ini, saya sertakan Borang Walk-in, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).rujukan pihak tuan/ puan

5. Besarlah harapan saya jika sekiranya pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya bagi menempatkan diri di Kolej/ sekolah tuan/puan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

.………………………………………… tandatangan

(NAMA PENUH PELAJAR)

Selamat membuat rayuan kemasukan ke KV dan SMT tahun 2019. Moga perkongsian Contoh Surat Rayuan Permohonan Kemasukan Ke SMT Dan KV bermanfaat buat semua.