Panduan buat Umat Islam. Berikut dikongsikan bacaan doa selepas solat fardu beserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Doa adalah merupakan satu ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ianya boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak.
Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik.
Doa Selepas Solat : Ringkas Dan Mudah
Zikir selepas solat merupakan amalan yang terkandung dalamnya istighfar, zikir, doa, salawat serta bacaan petikan ayat al-Quran dan amat dituntut kepada setiap individu Muslim untuk mengamalkannya.
Bacaan zikir ringkas (BZR) dibaca selepas semua solat lima waktu. Manakala zikir panjang pula merupakan bacaan tambahan yang ditambah ketika seseorang sudah selesai solat Subuh, Asar, dan Maghrib. Hujah terhadap amalan ini dikemukakan untuk memberikan keyakinan yang mendalam kepada individu agar dapat mengamalkan himpunan zikir selepas solat ini tanpa ragu-ragu.
Pengamalan zikir selepas solat dalam kalangan umat Islam diharap dapat meningkat dan mengukuhkan rohani mereka di samping mendapat pelbagai keutamaan dan kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW melalui hadisnya. Semoga umat Islam dapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai panduan serta rujukan bersama, berikut dikongsikan dua doa “after prayer” beserta bacaan dalam arab dan maksudnya. Marilah sama-sama kita berdoa untuk memohon apa yang dihajati untuk kehidupan terbaik di dunia dan di akhirat. Doa ringkas selepas solat fardhu 5 waktu ini amat mudah untuk dihafal dan marilah sama-sama kita mengamalkannya selalu. Semoga dengan memperbanyakkan bacaan doa selepas waktu solat, semua hajat kita akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Amin ya rabbal’alamin.
Berikut dikongsikan panduan bacaan wirid serta doa selepas solat fardhu yang boleh diamalkan buat rujukan semua:
Bacaan Wirid Selepas Solat
Langkah-langkah dalam berwirid selepas solat adalah seperti berikut:
1. Istighfar Tiga (3) Kali
Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.
2. Lafazankan Kalimah Berikut Sebanyak Tiga (3) Atau 10 Kali
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.
3. Lafazkan Kalimah Berikut Sebanyak Tiga (3) Atau Tujuh (7) Kali
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka
4. Teruskan Dengan Kalimah Di Bawah
Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
5. Teruskan Dengan Bacaan Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
6. Diikuti Dengan Bacaan Surah Al-Baqarah Ayat 163
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
7. Sambung Dengan Bacaan Surah Al-Baqarah Ayat 255
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
8. Seterusnya Membaca Surah Al-Baqarah Ayat 285 & 286
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir
9. Kemudian Baca Surah Ali-Imran Ayat 18 & 19
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya
10. Teruskan Dengan Surah Ali-Imran Ayat 26 & 27
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya
11. Baca Tiga Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia
12. Baca Surah Al-Fatihah Sekali Lagi
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
13. Mulakan Tasbih Dengan Lafaz
Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah
14. Tasbih Sebanyak 33 Kali
Maha Suci Allah
15. Teruskan Dengan Bacaan
Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya
16. Lafazkan Tahmid Sebanyak 33 Kali
Segala puji bagi Allah
17. Sambung Dengan Bacaan Berikut
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.
18. Lafazkan Takbir Sebanyak 33 Kali
Allah Maha Besar
19. Sebagai Penutup Wirid, Sambung Dengan Bacaan Berikut :
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah
Doa Ringkas Selepas Solat 1
Solat yang baru selesai kita dirikan ini tidak dapat kita yakini kesempurnaannya, terlalu banyak kita rasa kekurangannya. Oleh yang demikian, kita mengharapkan daripada bacaan wirid-wirid selepas solat inilah dapat menampung kekurangan itu. Mudah-mudahan Allah perkenankan untuk kesempurnaan solat kita, insya Allah. Wallahu a’lam.
1. Pembukaan Doa
2. Selawat Ke Atas Nabi
3. Isi Doa
4. Penutup Doa
Doa Ringkas Selepas Solat 2
Maksudnya
Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat.
Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui.
Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
Doa Ringkas Selepas Solat 3
Maksudnya
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Video Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat |
Marilah sama-sama kita amalkan doa ini. Semoga perkongsian beberapa Doa Yang Ringkas Dan Mudah Dihafal ini bermanfaat buat semua.
Kredit : Permohonan.my
Related search : orang orang, tuhan yang maha esa, surah al ikhlas, waktu selepas, rasulullah saw bersabda, bahasa arab