Gambar Stadium Baru JDT Stadium Sultan Ibrahim Larkin. Cantik ke Stadium baru JDT? Peminat bolasepak Negeri Johor pasti akan gembira dan bangga apabila sebuah stadium bolasepak baru JDT di Nusajaya (Kini dikenali sebagai Iskandar Puteri).
Pembinaan stadium baru JDT ini yang bakal berkapisiti 40 hingga 45 ribu penonton bakal menyaksikan lebih ramai penyokong JDT untuk datang ke stadium berbanding Stadium Larkin yang tidak dapat menampung kebanjiran penyokong.
Stadium baru JDT ini berciri menarik, moden dan lengkap dengan banyak kemudahan terbaik telah dinyatakan dalam Bajet Johor 2016. Pembinaan stadium baru JDT ini telah siap dan akan digunakan pada perlawanan pembuka tirai Liga M 2020 iaitu perlawanan Sumbangsih diantara JDT lawan Kedah pada 28 Februari 2020.
Gambar Terkini Stadium Sultan Ibrahim Larkin, Iskandar Puteri
Berikut adalah gambar terkini Stadium baharu JDT yang dinamakan sebagai Stadium Sultan Ibrahim Larkin dan terletak di Iskandar Puteri iaitu berhampiran dengan Mutiara Rini. Terletak bersebelahan dengan stadium adalah Ibu Pejabat JDT, bangunan setinggi empat tingkat yang dibina di atas tanah berkeluasan 2,200 meter persegi.
Ianya akan menempatkan pejabat pengurusan tertinggi JDT, pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) serta pejabat Southern Tigers Sdn Bhd.
- Kemaskini Disember 2019
VIDEO STADIUM BAHARU JDT |
Berikut dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers, rekabentuk Stadium Sultan Ibrahim Larkin yang telah disahkan oleh pihak Pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Untuk peminat JDT, berikut adalah gambar/ lakaran stadium canggih ini untuk tatapan anda semua:-
- * Kemaskini pada 31 Mac 2016
BAJET 2016 AGENDA 2: DASAR JOHOR PRIHATIN
Institusi Awam – Stadium
44. Menyediakan tanah untuk dipajakkan bagi pembinaan sebuah stadium bola sepak di Nusajaya. Ia akan merangkumi komponen seperti stadium yang berkapasiti antara 40 hingga 45 ribu penonton, ruang-ruang perniagaan serta kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.
MAKLUMAN PADA 30 NOVEMBER 2015 : LAKARAN STADIUM BARU PASUKAN JDT
Menjunjung titah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, merangkap Penaung DiRaja Persatuan Bolasepak Negeri Johor, saya akan melaporkan perkembangan berkenaan stadium baru Johor Darul Ta’zim. Segala aspek stadium baru tersebut, termasuk konsep, rekabentuk dan kemudahan akan diwar-warkan di laman ini untuk tatapan dan makluman para penyokong JDT sekalian dari masa ke semasa.
Seperti yang dapat dilihat dalam lakaran yang disertakan, rekabentuk luaran stadium adalah berkonsep moden dan kemas. Bahagian luar stadium akan terdiri daripada permukaan yang diterangi lampu LED yang boleh bertukar warna. Kemudahan-kemudahan yang berkaitan termasuk tempat duduk penyokong yang selesa, ruang niaga di stadium dan juga ibu pejabat PBNJ.
DYAM Tunku Mahkota Johor dan seluruh pengurusan PBNJ sentiasa berusaha sedaya upaya serta sepantas yang mungkin untuk melancarkan segala proses pembangunan stadium baru ini. Sukacita juga dimaklumkan bahawa sementara proses pembinaan stadium baru dijalankan, kita masih akan meneruskan penyelenggaraan dan menambah baik Stadium Larkin.
YB Dato Haji Ismail Bin Karim, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor
REKABENTUK STADIUM BARU JDT
Kemaskini pada 30 November 2015. * kredit Johor Southern Tigers
Semoga Stadium Baru JDT Konsep Dan Rekabentuk yang cantik dan canggih ini mampu menaikkan perkembangan bolasepak di Johor ke tahap yang lebih tinggi lagi.