Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan GKP Geran Khas Prihatin Online Untuk PKS

Perdana Menteri melalui pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin PKS (Tambahan) telah mengumumkan bantuan Geran khas PRIHATIN RM3,000 setiap pengusaha PKS mikro (pengusaha pasar malam, penjaja dll). Jumlah geran RM2.1 bilion akan memanfaatkan 700,000 PKS mikro. Berikut dikongsikan panduan dalam membuat permohonan GKP dan cara semakan status permohonan Geran khas PRIHATIN.

Secara ringkasnya Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

gkp geran khas prihatin

Geran Khas PRIHATIN (GKP) Untuk PKS Mikro

Mereka yang layak memohon Geran Khas Prihatin adalah seperti berikut yang dipetik dari soalan lazim GKP :-

Syarat Kelayakan GKP

  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:-
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
  5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Jumlah Bantuan Geran Khas PRIHATIN

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Borang Permohonan Geran Khas PRIHATIN Online

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut yang disediakan oleh LHDNM.

Permohonan secara manual tidak akan diterima

Mereka yang berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM adalah layak memohon dengan mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian yang dinyatakan diatas semasa memohon.

Tarikh penting : Permohonan adalah dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

Cara Membuat Permohonan Baharu

Langkah buat permohonan baru GKP :-

  1. Layari Laman Utama Sistem Geran Khas Prihatin (GKP) seperti pautan yang diberikan diatas
  2. Klik Butang Geran Khas Prihatin (GKP)
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit (cth: 721025105313) yang telah didaftarkan dan klik butang cari
  4. Klik butang Permohonan Baharu untuk membuat permohonan
  5. Untuk Makluman Pemohon, Maklumat seperti Nama dan No KP adalah berdasarkan Data Agensi yang diterima. Satu mesej pemberitahuan akan dipaparkan. Sila tekan OK.
  6. Isi Maklumat Diri ,Maklumat Pasangan (jika berkenaan) dan Maklumat Perniagaan dengan tepat
  7. Klik Butang Teruskan setelah memasukkan semua maklumat dengan tepat.
  8. Pengesahan Captcha – Isi Captcha dengan betul dan klik pada butang Sahkan Captcha
  9. Akuan Pengesahan, pemohon hendaklah menandakan di ruang berkenaan sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan
  10. Setelah Permohonan Berjaya dihantar, pemohon boleh untuk mendaftar dimana pemohonan
    diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak

Semakan GKP (Status Permohonan Geran Khas Prihatin)

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan (semakan GKP) mereka bermula pada minggu pertama bulan Jun 2020.

Tarikh Pembayaran GKP

Pembayaran dijangka dibuat pada bulan Jun 2020 dengan bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk, Soalan Lazim PKP  (FAQ) & Panduan Pengguna : Cara Daftar GKP, Terlupa Kata Laluan dan Permohonan Baharu.