Panduan terkini dikemaskini pada

Harga Lesen Memandu Terkini 2025

Kita sudah memasuki tahun 2025 yang serba mencabar ini. Selepas pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 yang lalu banyak barangan dan perkhidmatan yang naik harga. Tidak terkecuali ada yang turun harga dan ada juga yang kekal dengan harga lama. Selepas berakhirnya GST, SST pula akan diperkenalkan mulai 1 September 2018. Berikut adalah Harga Terkini kadar bayaran bagi Lesen memandu Kenderaan yang dipetik dari Portal JPJ.

Dikongsikan juga kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu terkini seperti lesen motorsikal, kereta dan sebagainya. Semuanya ada dikongsikan di bawah ini.

harga lesen memandu

HARGA LESEN MEMANDU TERKINI

Berikut dikongsikan senarai harga lesen memandu terkini 2025 merangkumi kadar bayaran lesen memandu dan harga belajar lesen memandu kereta dan motorsikal.

1. Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Pemandu

Berikut adalah Jadual kadar bayaran untuk warganegara yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu. Sumber JPJ

JENIS LESEN KADAR BAYARAN (RM) TEMPOH
LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
Kelas A 2.00 3/6bulan
Kelas B2 (tunggal) 2.00/4.00 3/6 bulan
Kelas B/C 20.00/40.00 3/6bulan
Kelas D dan lain-lain 30.00/60.00 3/6 bulan
LESEN PERCUBAAN (PDL)
Kelas A/A1 2.00 2 tahun
Kelas B2 (tunggal) 2.00 2 tahun
Kelas B/C 40.00 2 tahun
Kelas D/E/F/G/H/I 60.00 2 tahun
LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)
Kelas A/A1 2.00 1 Tahun
Kelas B2 (tunggal)/B/C 20.00 1 tahun
Kelas D /E/F/G/H/I 30.00 1 tahun
LESEN MEMANDU VOKASIONAL
Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)/Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau CON 20.00 1 tahun
Permit Memandu Antarabangsa (IDP) 150.00 1 Tahun
Salinan Lesen Memandu 20.00
Cabutan Maklumat Lesen Memandu 10.00
Pindaan Maklumat Lesen Memandu 10.00
Tambah Kelas Lesen Memandu 5.00

2. Kadar Bayaran Bagi Mendapatkan Lesen Memandu Kereta Dan Motor Bermula 1 September 2014

Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 15 September 2014,  pihak JPJ telah menetapkan harga siling (harga kawalan) lesen memandu mulai 1 September 2014 yang berkuatkuasa disemua
Institut atau Sekolah Memandu diseluruh negara. Tujuan utama harga siling lesen memandu dikuatkuasakan adalah untuk mengelakkan sekolah memandu meletakkan harga lesen yang terlalu tinggi dan tidak munasabah. Oleh itu, sekolah memandu yang ingkar dan tidak mematuhi harga kawalan tersebut boleh dikenakan tindakan tegas.

a) Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motor Mulai 1 September 2014

Panduan Kategori Kelas Memandu Malaysia JPJ Mulai 1 September 2014

  • B – Motosikal melebihi 500 cc
  • B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • D – Lesen Kereta Transmisi Manual
  • DA- Lesen Kereta Transmisi Automatik

Tarikh Kuatkuasa Harga Baru Lesen Memandu Mulai 1 September 2014
Pihak JPJ dalam satu kenyataan telah menguatkuasakan harga terkini lesen memandu mulai 1 September 2014.

3. Harga Terkini Belajar Lesen Memandu 2025

Berikut adalah harga terkini untuk mendapatkan lesen memandu (belajar) yang dikongsikan dari beberapa buah syarikat memandu di Malaysia. Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Terdapat perbezaan harga di antara negeri di Malaysia.

1. Shah Alam, Selangor

  • Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,942
    Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,834
    Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM610
    Lesen Memandu Lori E Full : RM1,378
  • INSTITUT MEMANDU SHAH BANDAR

2. IMKL, Kuala Lumpur

  • Lesen Memandu Kereta D : RM1,584
    Kereta Auto DA : RM1,680
    Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM500
    Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM1060
    Lesen Memandu Kereta dan Motorsikal (B2D) : RM2,084
  • Sumber : IMKL

3. Sungai Buloh, Selangor

  • Lesen Memandu Kereta Auto : RM1,700
    Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,600
    Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM495
  • Harmony Driving Academy

4. Johor Bahru, Johor

  • Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,794
    Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1,685
    Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM603
    Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM1,245
    Calon Vokasional : GDL/ PSV – RM240
  • Sumber : Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad, Johor

5. Alor Gajah, Melaka

  • Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1337.15
    Lesen Memandu Kereta D-Manual : RM1229.15
    Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM351.15
  • Pusat Memandu Zapcity

6. Kota Kinabalu, Sabah (Akan dikemaskini)

7. Azhan LP, Batu Caves

1. Kereta Manual (D) : RM1,750
2. Kereta Auto (DA): RM1,850
3. Motosikal B2 : RM495

Harga lesen memandu di atas adalah sebagai panduan. Jika berminat untuk mendapatkan lesen, anda boleh mengunjungi pusat belajar memandu yang berdekatan di tempat tinggal anda. Harga yang ditawarkan mungkin berbeza daripada apa yang dikongsikan bergantung kepada promosi syarikat, bayaran secara ansuran dan sebagainya.