Anda akan mengambil peperiksaan SPM tahun 2024? Berikut adalah Draf Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2024 yang dipetik dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Peperiksaan bertulis SPM 2024 akan ditunda ke tahun hadapan akibat perubahan takwim sekolah.
Untuk makluman, tarikh keputusan peperiksaan SPM 2023 pula akan diumumkan sekitar bulan Jun 2024 jika merujuk kepada tarikh keputusan result tahun sebelumnya.
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2024 (Tarikh Exam)
Berikut adalah draf tarikh peperiksaan bertulis SPM 2024 mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan. Untuk koleksi soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas sebagai rujukan, sila rujuk di Soalan SPM.
Nota peperiksaan sijil pelajaran malaysia
Jadual lengkap akan dikongsikan selepas pengumuman rasmi dari LPM. Tarikh peperiksaan SPM 2024 telah ditetapkan seperti berikut seperti Jadual Rasmi SPM yang diterbitkan pada 1 Oktober 2024 :-
- Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan diadakan pada 2 hingga 5 Disember 2024
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula pada 16 hingga 19 Disember 2024
- Ujian Mendengar untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadual pada 31 Disember 2024
- Ujian Amali dan Sains untuk Fizik, Kimia dan Biologi akan diadakan pada 9, 10, 12 Disember 2024
- Diikuti dengan Ujian Amali dan Sains untuk Sains Tambahan pada 12 Disember 2024
- Peperiksaan bertulis bermula 2 Januari 2025 hingga 6 Februari 2025
Jadual Rasmi SPM 2024
- Jadual peperiksaan selepas pengumuman rasmi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah seperti berikut :-
2, 6, 7 Januari 2025
8 & 9 Januari 2024
13, 15 & 16 Januari 2025
20 Januari 2025
21 Januari 2025
22 Januari 2025
22 Januari 2024
23 Januari 2025
3 & 4 Februari 2025
5 & 6 Februari 2025
Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:
- 1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- 2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- 3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- 4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- 5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- 6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- 7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- 8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- 9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan.
Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
- 1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
- 2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
- 3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal
Arahan Am
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2024
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos
- Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2024 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon
Muat Turun/ Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2024 – Rasmi
* Untuk download atau memuat turun Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam PDF, sila klik pautan berikut :-
Diucapkan selamat berjaya buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada awal tahun 2024 nanti.