Perhatian buat pelajar Darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2020. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPM) akan mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2020 di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan KPM.
Peperiksaan UPSR akan dilangsungkan selama 5 hari bermula dari 1 – 3 dan 7 – 8 September 2020. UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah merupakan peperiksaan yang dikhususkan dan diambil oleh pelajar-pelajar Tahun Enam pendidikan sekolah rendah. Takwim pentaksiran dan peperiksaan awam untuk exam yang lain seperti PT3, STAM, SPMU dan SPM boleh dirujuk di Jadual Peperiksaan Awam 2020.
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2020 (Calon Biasa)
Berikut adalah jadual penuh/ lengkap peperiksaan UPSR 2019 yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan dijalankan.
- Peperiksaan UPSR 2020 akan bermula pada 1 – 3 dan 7 – 8 September 2020
- Jadual lengkap peperiksaan UPSR akan dilampirkan selepas dikeluarkan secara rasmi oleh LP KPM
Calon adalah diingatkan supaya membawa MyKad masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memmastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar
Garis Panduan Dan Arahan Peperiksaan
CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN
1. ARAHAN AM
- 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2020
- 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos
- 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2020 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
ARAHAN DI DEWAN/ BILIK PEPERIKSAAN
- 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing di dalam dewan/ bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
- 2.2 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
- 2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
Download Jadual Rasmi Peperiksaan UPSR Beserta Arahan/ Peraturan
- * Jadual lengkap UPSR 2020 beserta arahan buat calon boleh dimuat turun dalam PDF dengan klik LPM MOE (Akan dikemaskini).
Semoga adik-adik berjaya dalam Peperiksaan UPSR 2019 nanti. Doa menghadapi peperiksaan klik Doa Peperiksaan