Panduan terkini dikemaskini pada

Gambar Jersi Baru JDT 2020 Dan Harga

Jersi Baru Pasukan JDT 2020. Peminat pasukan JDT skuad Harimau Selatan pasti menantikan majlis pelancaran jersi baru JDT musim 2020 pada bulan Januari nanti. JDT akan kekal kepada jenama Nike. Untuk penyokong JDT nantikan gambar jersi baru JDT 2020 yang akan dikongsikan semasa pelancaran di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 bermula jam 900 malam.

Untuk musim lepas, Jersi 2019 ini telah direka khas untuk Harimau Selatan oleh ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat. Jersi tersebut hadir dalam dua varian, ‘Player Issue’ dan ‘Fans Issue’. ‘Fans Issue’ lebih mampu milik untuk penyokong pada harga RM185 berbanding ‘Player Issue’ yang harganya RM549.

Pelbagai aktiviti menarik juga telah dirancang untuk para penyokong Harimau Selatan sewaktu pelancaran jersi. Di samping penjualan barangan rasmi JDT, terdapat juga persembahan artis, ‘Food Trucks’ dan banyak lagi.

jersi baharu jdt

Gambar Dan Harga Jersi Baru JDT 2020

Majlis pelancaran jersi baru JDT musim 2020 dijadualkan berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada malam 1 Februari 2020 (Hari Sabtu).

Selain dari majlis pelancaran gilang-gemilang ini, JDT juga menganjurkan satu karnival untuk para penyokong dan orang ramai yang akan berlangsung dari 1 hingga 2 Februari 2020 bermula jam 10.00 pagi.

Pembeli jersi pada malam itu akan menjadi yang terawal memiliki jersi musim 2020 ini dan juga akan mendapat PAS MASUK EDISI TERHAD ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih.

JERSI BARU JDT 2020

jersi jdt 2020 1
jersi jdt 2020 2

Info Dan Gambar Jersi JDT 2020

  • Home : Warna merah berbelang biru
  • Away : Warna putih dan emas
  • Harga : RM185.00

Sempena pelancaran jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) musim 2020 pada malam tersebut, jualan serentak turut diadakan di setiap daerah negeri Johor. Para penyokong JDT boleh mendapatkan jersi tersebut di lokasi berikut ;-

  • 1. Johor Bahru – Dataran Bandaraya Johor Bahru
  • 2. Tangkak – Dataran Ledang, Tangkak
  • 3. Kluang – Dataran Tasik, Kluang
  • 4. Kulai – AEON Kulai
  • 5. Pontian – Dataran Pontian
  • 6. Mersing – Amphitheater Mersing
  • 7. Segamat – Dataran Segamat
  • 8. Batu Pahat – Batu Pahat Mall
  • 9. Muar – Stadium Sultan Ibrahim, Muar
  • 10. Kota Tinggi – Astaka Budaya

Jersi Home Dan Away JDT 2020

Untuk musim 2019, JDT hanya akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ terbaharu yang direka khas oleh pengeluar barangan sukan terkenal dunia iaitu Nike. Dan untuk musim 2020 ini, tiada logo penaja dipaparkan di bahagian depan jersi.

Menurut, Laman Johor Southern Tigers, ketiadaan nama penaja pada bahagian hadapan jersi sinonim dengan Misi RM1Billion dalam menggambarkan bahawa kelab mampu untuk berdiri sendiri melalui commercial value JDT. Adanya penaja merupakan satu bonus.

Jersi Home hadir dengan corak ‘stripes’ Merah dan Biru manakala ntuk jersi Away pula, ianya hadir dengan warna berbeza iaitu putih dan emas.

Warna Merah Biru di jersi home melambangkan negeri Johor. Warna Putih di jersi away melambangkan stadium baharu manakala warna emas simbolik pada kejayaan-kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Semoga dengan pelancaran jersi baru ini, pasukan JDT akan terus cemerlang pada aksi Liga Malaysia 2020 dan Piala AFC Champions League untuk kali kedua mereka beraksi.