Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2. Berapa harga tol LPT2? Kutipan tol untuk Lebuhraya Pantai Timur 2 sepanjang 184km laluan/ jajaran dari Jabor, Pahang ke Kg Gemuroh, Terengganu akan bermula dari 15 Julai 2016 (jam 12.01 malam).
LPT2 merupakan lebuhraya 4 lorong dua hala dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, 3 kawasan rehat dan rawat (R&R) beserta 2 hentian sebelah.
Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2
Berikut adalah kadar tol bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
- Kadar tol dikira berdasarkan jarak perjalanan oleh pengguna
- 12 sen per km untuk kenderaan kelas 1 (Kereta)
- RM19.70 untuk perjalanan dari Plaza Tol Cheneh ke Plaza Tol Kuala Terengganu dan sebaliknya
Kadar Tol Per Kilometer
- Kelas 1 : 12 sen
- Kelas 2 : 24 sen
- Kelas 3 : 36 sen
- Kelas 4 : 6 sen
- Kelas 5 : 12 sen
Harga Tol LPT2 |
Senarai Plaza Tol Di LPT2 Dan Jadual Bayaran Tol Ikut Kelas
Berikut adalah 10 plaza tol yang terdapat di LPT2.
Rujuk gambar di Plaza Tol di bawah ini untuk melihat harga tol LPT2 atau klik kalkulator TOL untuk mengetahui harga terkini mengikut destinasi dan kelas kenderaan:-
Klik : Kadar Tol LPT1 & LPT2
-
1. Plaza Tol Cheneh
-
2. Plaza Tol Chukai
-
3. Plaza Tol Kijal
-
4. Plaza Tol Kerteh
-
Plaza Tol Paka
-
Plaza Tol Kuala Dungun
-
Plaza Tol Bukit Besi
-
Plaza Tol Ajil
-
Plaza Tol Telemong
-
Plaza Tol Kuala Terengganu