Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara. Berikut dikongsikan Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 SPM Bab 1 yang bertajuk Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara.
BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
1.1 Imperialisme Barat Di Asia Tenggara
1.1.1 Imperialis Barat
1.1.2 Faktor-Faktor Imperialisme Barat1.2 Perubahan Sistem Politik
1.2.1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat
Filipina / Indonesia / Burma / IndoChina / Tanah Melayu / Thailand1.3 Nasionalisme Di Asia Tenggara
1.3.1 Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme
1.3.2 Perkembangan Nasionalisme Tahap Pertama / Tahap Kedua
1.1 IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
1.1.1 Imperialisme Barat
Maksud Imperialisme:
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
1.1.2 Faktor -faktor Imperialisme Barat
A. Keistimewaan Asia Tenggara
- Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
- Jaminan pasaran yang luas.
- Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
- Kaya dengan bahan mentah
B. Revolusi perindustrian.
- Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
- Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran
C. Pengangkutan dan Perhubungan
- Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan
- Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
D. Persaingan kuasa-kuasa barat
- Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
- Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan mereka
E. Alasan Orang Barat
- British & Belanda- Beban orang Putih
- Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
- Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan
F. Menyebar agama kristian
- Mubaligh kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebar agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.
1.2 Perubahan Politik
1.2.1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat
a) Maksud Birokrasi Barat
- Sistem pentadbiran yang mempunyai hierarki
- Pembahagian tanggungjawab
- Mempunyai prosedur atau peraturan rasmi
- Dikendalikan sepenuh masa oleh pegawai-pegawai kerajaan.
b) Ciri-ciri Sistem Birokrasi di Asia Tenggara
- Penubuhan Kerajaan pusat hasi penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
- Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
- Pelaksanaan pentadbiran melalui biro
- Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
- Pengenalan undang-undang Barat.
c) Perubahan sistem pentadbiran di Filipina oleh Sepanyol
-
- Gabenor Jeneral adalah pemerintah tertinggi peringkat pusat
- Pentadbir wilayah adalah Ketua Datuk Bandar
- Pentadbir bandar adalah Gabenor Kecil
- Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encoimenda yang diketuai oleh Encomiendero
Tugas encomiendero:-
- memungut cukai
- menjaga keamanan
- mengkristiankan penduduk barangay
Encomiendero dibenci kerana :-
- mengenakan cukai yang tinggi
- kerahan tenaga kepada mereka
d) Perubahan sistem pentadbiran di Indonesia oleh Belanda
- Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.
- Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
- Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
- Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
- Penubuhan Dewan Tempatan
- Penubuhan Volskraad yang merupakan Majlis Rakyat.
e) Sistem Birokrasi British di Burma
- Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi
- Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887/Akta Perkampungan Burma 1889
- Pentadbiran daerah diketuai oleh Myo-ok/pegawai bandaran
- Pengenalan sistem undang-undang Barat
- Pengaruh golongan agama merosot
- Raja bukan lagi penaung sami Buddha
- Majlis Perundangan diperkenalkan
- Penubuhan Jabatan Perhutanan/Jabatan Kesihatan/Jabatan Pelajaran
f) Sistem birokrasi Perancis di IndoChina
- Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral
- Bertanggungjawab terus kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
- Pembentukan kerajaan pusat
- Penubuhan Union Indochinoise
- Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis
- Pentadbiran tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat
- Perlu membayar cukai kepada kerajaan pusat
- Menyediakan kerajaan tenaga
g) Sistem birokrasi di Tanah Melayu oleh British
- Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat
- Gabenor pemerintah tertinggi di NNS
- Dibantu oleh residen kaunselor
- Penghulu dikekalkan di peringkat kampung
- Sistem Residen diperkenalkan di NNMB ( Perak,Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan)
- Sistem Penasihat di NNMTB (Kedah, Kelantan,Terengganu,Perlis dan Johor)
- Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS
- British memperkenalkan sistem kehakiman Barat
- Melaksanakan sistem pengutipan cukai
- Pembahagian negeri kepada beberapa daerah
- Penubuhan balai polis
h) Sistem birokrasi di Thailand
- Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
- Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.
- Penasihat kastam dari Amerika Syarikat.
- Penasihat ketenteraan dari Perancis.
- Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi dan kabinet Menteri.
- Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
- Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
- Juruaudit dari Britain
i) Kesan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara
- Penubuhan Kerajaan Pusat
- Gabenor Janeral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai ketua pentadbir
- Pelaksanaan pentadbiran melalui biro/jabatan
- Pegawai-pegawai Barat ketua biro
- Pengenalan undang-undang Barat
- Pengenalan Sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendero di Filipina
- Kemerosotan pentadbiran tradisional di Filipina
- Kemerosotan kuasa datu/pembesar di Filipina
- Pengenalan pentadbiran tempatan di Indonesia
- Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda di Indonesia
- Penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat di Indonesia)
- Berakhir Dinasti Konbaung di Burma
- Institusi raja tersingkir di Burma
- Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus di Burma
- Pengenalan Akta Kampong Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma
- Pentadbiran tradisional diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) di Burma
- Semua rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis
- Perkenalkan ‘Union Indochinoise’ di IndoChina
- Pengenalan Sistem Residen dan Sistem Penasihat di Tanah Melayu
- Perkenal sistem kehakiman Barat/ sistem pungutan cukai/ penubuhan balai polis di Tanah Melayu
- Pembentukan daerah-daerah di Tanah Melayu
1.3 NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
1.3.1 Maksud Nasionalisme
- Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan negara
- Pembebasan kuasa politik
- Pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing
1.3.1 Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme
a) Dasar Penjajahan Barat
- Sistem tanaman paksa di Indonesia
- Sistem Polo di Filipina
- Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
- Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
- Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi
b) Pengaruh Agama
- Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.
- Persatuan Belia Buddha di Burma.
- Di Sepanyol -pengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol
c) Karya Kesusasteraan
- Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
- Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
- Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan
d) Sistem Pendidikan
- Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
- Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
- Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
- Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati
e) Kemunculan golongan intelektual
- Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
- Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
- Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
- Peringkat akhir – meminta penjajah membebaskan negara mereka.
f) Pengaruh Media Massa
- Vietnam- Tribune Indigine
- Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
- Menyebarkan idea-idea nasionalis
- Menanam perasaan anti penjajah.
g) Sistem pengangkutan dan perhubungan
- Perkhidmatan telefon dan telegraf
- Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
- Jalanraya dan jalan kereta api
- Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.
h) Pengaruh Luar
- Kejayaan Jepun menewaskan Russia dan China.
- Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
- Perjuangan Mahatma Gandhi di India.
- Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar
1.3.2 Perkembangan Nasionalisme
a) Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama
- Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat
- Penentangan tidak berorganisasi
- Isu-isu kebudayaan/agama/hak peribumi menjadi faktor pencetus
- Dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat/Asia Barat
- Menekankan kesedaran politik
- Menuntut hak-hak dikembalikan
- Menuntut taraf hidup mereka dibaiki
b) Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua
- Pihak penjajah gagal memenuhi tuntutan yang dibuat.
- Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh penjajah
- Gerakan nasionalisme tahap pertama gagal
- Pemimpin ingin menuntut kemerdekaan
- Pemimpin ingin membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
- Berasaskan gerakan yang lebih radikal akan berjaya
c) Nasionalisme di Filipina
Tahap pertama:
- Dipimpin – Jose Rizal
- bersifat sederhana
- Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
- Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
- Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
- Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
- Matlamat perjuangan :
- Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
- Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
- Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
- Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
- Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
- Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
- Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.
Tahap Kedua
- Penentangan secara radikal
- Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
- Matlamat katipunan
- menyatukan bangsa Filipina
- mencapai kemerdekaan melalui revolui
- Media cetak iaitu akhbar Kalayan
- Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
- Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
- Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
- 1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
- Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
- Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
- Aguinaldo ditangkap.
- Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
- Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
- Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
- 1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.
e) Nasionalisme di Indonesia
Tahap Pertama
- Tumpuan isu pendidikan.
- Untuk mengubah nasib penduduk Indonesia
- Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
- Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
- Pertubuhan penting : Muhammadiyah
- Matlamat Muhammadiyah
- Menyebar Iislam sebenar
- Menghindari ancaman sekualrisme barat
- Menghindari ancaman agama kristian
- Membina sekolah, klinik & masjid
Tahap Kedua
- Perjuangan Parti politik radikal.
- Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
- Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
- PNI pimpinan Soekarno paling popular.
- Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
- Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
- PNI turut di haramkan.
f) Perkembangan Nasionalisme di Thailand
Tahap Pertama
- Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
- Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
- Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
- Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
- 1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram
- Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
- Sistem raja berkuasa mutlak tamat
- Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.
Tahap Kedua
- Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
- Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
- Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
- Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
- Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
- 1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
- Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu
g) Perkembangan Nasionalisme di IndoChina
Tahap pertama
- Lebih tertumpu di Vietnam .
- Di pelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
- Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
- Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat.
- Ketua gerakan ialah Phan boi Chau memimpin gerakan revolusi tetapi gagal.
- Kemudian menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan di Tangkin dan gerakan dakyah di Vietnam.
- Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis
Tahap Kedua
- Gerakan lebih radikal kerana gagal mendapat kerjasama daripada Perancis.
- Gerakan tahap memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV).
- Perancis bertindak menangkap pemimpin -pemimpin VNQDD termasuklah membunuh Nguyen Thai Hoc.
- Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.
- Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.
- Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja di sekat, malah baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
h) Perkembangan Nasionalisme di Burma
Tahap pertama
- Memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit bependidikan Barat.
- Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
- Penubuhan ini bertujuan untuk:-
- mengekalkan tradisi Burma
- memajukan pendidikan rakyat Burma.
- Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkit semangat nasionalisme rakyat
- Tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe dengan menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma pada tahun 1920.
Tahap Kedua
-
- Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsfor menyatakan Burma belum bersedia untuk memerintah sendiri.
- 1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.
- Gerakan juga dilakukan oleh golongan sami Buddha melalui Majlis Am Songha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San yang diketui oleh Saya San iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tarawaddy.
- Kemudian muncul Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India akan melewatkan kemerdekaan Burma.
- Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
- Golongan Thakin (siswazah universiti ) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan.
- Pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu mengelarkan diri mereka sebagai ”Tuan”.
- Dr. Ba mau menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.
i) Cara kuasa Barat menangani gerakan nasionalisme radikal di Asia Tenggara
- Menangkap pemimpin radikal seperti Soekarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina.
- Membuang negeri penentang seperti Jose Rizal
- Dikenakan hukuman mati seperti Jose Rizal dan Emilio Aguilnaldo di Filipina
- Mengharamkan parti-parti politik radikal seperti Parti Nasional Indonesia di Indonesia dan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) di Indochina
- Membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana seperti tindakan Amerika di Filipina
- Di penjarakan seperti Soekarno dipenjarakan oleh Belanda pada tahun 1929 -1931
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 bertajuk Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara ini bermanfaat buat pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ini.