Nota Ringkas Sejarah SPM Tingkatan 5 Bab 9. Berikut dikongsikan nota sejarah tingkatan 5 bab 9 untuk panduan dan rujukan pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM. Malaysia dalam kerjasama antarabangsa yang merupakan bab 9 adalah juga merupakan tema umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016. Tema Umum adalah Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa.
Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.
- Koleksi nota ringkas Sejarah SPM semua bab boleh dirujuk di NOTA SEJARAH FORM 5.
Nota Ringkas : Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
9.1 Konflik Antarabangsa : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9
Perang Dunia Pertama (1914-1918)
Faktor-faktor
Perang Dunia pertama berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi.
- 1. Munculnya nasionalisme dalam kalangan rakyat di Eropah.
- 2. Penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar seperti Itali dan Jerman.
- 3. Itali dan Jerman menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia yang berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan.
- 4. Nasionalisme yang kuat telah mencetuskan perang dalam kalangan kuasa-kuasa besar.
- 5. Berlakunya persaingan kuasa-kuasa besar dalam merebut peluang ekonomi.
- 6. Imperialisme baru yang wujud telah menyebabkan berlakunya persaingan dalam kalangan kuasa Eropah bagi membentuk lingkungan pengaruh bagi mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan siap mereka.
- 7. Munculnya sistem pakatan negara-negara Eropah merangkumi Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
- Perikatan Kuasa Tengah terdiri daripada negara Jerman, Austria-Hungary, dan Itali. Kemudian disertai Turki dan Bulgaria. Pakatan Bertiga terdiri daripada British, Perancis dan Russia. Kemudiannya disertai Itali dan
Jepun. - 8. Persaingan antara Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga telah mengancam perimbangan dunia yang wujud pada ketika itu.
- 9. Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pada 28 Jun 1914 oleh seorang pengganas Serbia dianggap sebagai faktor segera tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Peristiwa
- 1. Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
- 2. Jerman menyokong Austria menyerang Serbia yang disokong oleh Rusia dan Perancis.
- 3. Jerman menyerang Perancis melalui Belgium iaitu sebuah negara berkecuali.
- 4. Serangan ke atas Perancis melalui Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain.
- 5. Britain yang bermusuh dengan Jerman turut terlibat dalam peperangan ini.
- 6. Britain meminta bantuan Amerika Syarikat.
- 7. Serangan Jerman terhadap kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika Syarikat juga turut serta dalam peperangan tersebut.
- 8. Peperangan tersebut dimenangi oleh Pakatan Bertiga.
Kesan Perang
- 1. Dari segi politik, pemerintahan beraja di Eropah telah ditamatkan. Maharaja Jerman digulingkan dan dibuang negeri.Jerman menjadi republik.
- 2. Persidangan damai diadakan pada bulan Jun 1919 dan termeterinya Perjanjian Versailles.
- 3. Perjanjian Versailles telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara baru seperti Yugoslavia,Latvia dan Finland.
- 4. Perjanjian ini telah membentuk Liga Bangsa yang menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa serta keselamatan bersama. Liga Bangsa terdiri daripada Negara-negara Berkecuali dan negara-negara bersekutu kecuali Amerika Syarikat. Liga Bangsa gagal menjamin kesejahteraan dunia.
- 5. Dari segi ekonomi, berlaku inflasi dan hutang disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar.
- 6. Perang ini menelan perbelanjaan yang besar. Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 billion. Perikatan Kusas Tengah membelanjakan US$ 60 billion.
- 6. Amerika Syarikat dan Jepun mula menguasai pasaran dunia.
- 7. Britain mengalami kerugian dan kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
- 8. Dari segi sosial, banyak berlaku kehilangan nyawa.
Perang Dunia Kedua (1939-1945)
Faktor-faktor
- 1. Kegagalan Perjanjian Versailles mengatasi masalah perang Dunia Pertama.
- 2. Perubahan politik di Jerman. Pemimpin Jerman tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles kerana dipaksa membayar pampasan perang yang tinggi, kehilangan tanah jajahan serta jumlah angkatan tentera dikurangkan.
- 3. Munculnya Adolf Hitler yang berjaya menguasai pemerintahan Jerman melalui partinya National Sosialist.
- 4. Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles dengan membina angkatan tentera yang besar.
- 5. Di Russia, Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia dengan bantuan tentera dari Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan Jepun. Setelah Lenin meninggal dunia tempatnya digantikan oleh Joseph Stalin.
- 6. Di Itali, Benito Mussolini telah menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis pada 1935 dan 1940.
- 7. Di Timur, Jepun berhasrat untuk menguasai negaranegara Timur dengan tujuan untuk membebaskan negara-negara ini dari penjajahan barat.
- 8. Dari segi ekonomi, berlaku kemelesetan ekonomi pada awal tahun 1930-an.
- 9. Kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat menyebabkan bantuan pinjaman kepada Jerman terpaksa dihentikan.
- 10. Negara Eropah seperti Britain, Perancis, dan Itali terpaksa mengurangkan jumlah peruntukan ketenteraan.
- 11. Jerman menguatkan ketenteraan dan menjalankan perluasan kuasa bagi mengalih perhatian rakyatnya dari masalah ekonomi. Begitu juga Jepun.
Peristiwa
- 1. Perang Dunia Kedua berlaku selepas Jerman menyerang Poland dari Barat dan USSR menyerang Poland dari Timur.
- 2. Britain dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
- 3. Jepun pula bertindak menyerang Pearl Harbour secara mengejut pada 7 Disember 1941 dan memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.
- 4. Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain pada September 1942.
- 5. Terdapat dua pakatan yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Kuasa Bersekutu (Britain, Perancis, dan Rusia), dan Kuasa Paksi (Jerman, Itali, dan Jepun).
- 6. Kuasa Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada Mei 1945 dan Jepun pada 6 Ogos 1945. Di Jepun,dua bom atom dijatuhkan di bandar Hiroshima da Nagasaki pada 6 dan 8 Ogos 1945.
Kesan
- 1. Negara Jerman berpecah menjadi dua bahagian, iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur.
- 2. Sistem imperialisme di Barat mengalami keruntuhan menyebabkan tanah jajahan mencapai kemerdekaan melalui kuasa-kuasa besar.
- 3. Amerika Syarikat memberi kemerdekaan kepada Filipina dan Indonesia daripada Belanda, manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain.
- 4. Negara-negara baru tersebut menghadapi masalah warisan ekonomi penjajah dan usaha membangunkan ekonomi di negara masing-masing.
- 5. Dari segi sosial, banyak nyawa yang terkorban.
- 6. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa.
- 7. Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin.
Blok Dunia
- 1.Blok dunia dan Perang Dingin muncul disebabkan oleh kepincangan yang berlaku dalam siri rundingan perdamaian
- Perang Dunia Kedua.
- 2. Blok dunia adalah usaha negara-negara sehaluan bersatu dan bertindak demi kepentingan bersama.
- 3. Blok dunia muncul melalui pelbagai bentuk, iaitu ekonomi, politik, dan geografi.
- 4. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik.
Perang Dingin
- 1. Ideologi dan fahaman politik yang berbeza telah mencetuskan persaingan kuasa di antara Blok Kapitalis yang diketuai Amerika Syarikat dan Blok Komunisyang diketuai Soviet Union.
- 2. Kedua-dua blok ini memperluas pengaruh dan memajukan kepentingan di Eropah dan Asia melalui propaganda, bantuan ekonomi, dan ketenteraan bagi membuktikan kekuatan masing-masing.
Ciri –ciri
(i) Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata
(ii) Kedua-dua blok cuba membuktikan kekuatan masing-masing
(iii) Bersaing melaui propaganda, bantuan ekonomi dan ketenteraan
Negara-negara Dunia Ketiga
1. Negara-negara Dunia Ketiga mengamalkan sikap berkecuali, namun kedua-dua blok ini cuba mempengaruhi pegangan Negara Dunia Ketiga melalui bantuan pertahanan dan ekonomi.
Kesan Perang Dingin
- 1. Perang Dingin yang berlaku telah membentuk blok dunia, Penubuhan NATO, Pakatan Warsaw, Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) serta perlumbaan senjata.
- 2. Berlaku juga perubahan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial di negara-negara Eropah, Asia, Afrika, Asia Barat dan Amerika Latin.
Perbandingan ideologi di antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis
1. Politik
- Kapitalis – Negara Demokratik. Pemilihan kerajaan melalui pilihan raya.
- Komunis – Pemerintahan oleh diktator. Parti Komunis sahaja diktiraf.
2. Ekonomi.
- Kapitalis – Peluang perniagaan dan pemilikan persendirian.
- Komunis – Perniagaan dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja
3. Sosial
- Kapitalis – Kebebasan individu sepenuhnya
- Komunis – Kebebasan individu dilindungi dan dikawal
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa
Matlamat
1. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dengan tujuan:
- (a) menjamin keselamatan rakyat dan negara.
- (b) memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara.
- (c) menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
- (d) mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
- (e) Malaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
Bentuk Hubungan Luar Malaysia
Malaysia mengamalkan hubungan berbentuk bilateral dan multilateral.
Bilateral
1. Bilateral merujuk kepada hubungan terus dengan negara-negara seperti negara jiran (Singapura, Indonesia,Thailand, Vietnam), negara Asia (Amerika Latin, Afrika, Asia Barat) serta negara maju (Amerika Syarikat
dan Britain).
Multilateral
1. Multilateral adalah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam, dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali.
Dasar-dasar Luar Malaysia
Asas-asas Penggubalan Dasar Luar Malaysia
Faktor-faktor
Dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh faktor sejarah, politik, geografi, dan demografi.
1. Faktor Sejarah
- (i) Jalinan hubungan perdagangan semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka
- (ii) Hubungan diplomatik dengan Britain dan negara-negara Komanwel.
2. Faktor Ekonomi
- (i) Hubungan ekonomi dengan negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat untuk memajukan ekonomi.
- (ii) Malaysia pengeluar utama bijih timah dan getah. Mengharapkan modal dan pasaran dari negara maju.
- (iii) Malaysia mengambil beberapa langkah untuk pelaburan asing bagi meningkatkan ekonomi negara dan seterusnya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
- (iv) Melalui Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari Jepun dan Korea.
- (v) Menjalinkan hubungan dengan negara membangun dan negara Islam untuk meningkatkan pasaran barangan dan melabur di negara berkenaan
3. Faktor Politik
- (i) Mengamalkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.
- (ii) Menekankan kepada pemeliharan kedaulatan negara-negara lain.
- (iii) Menyokong Palestin untuk mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat
- (iv) Berpegang kepada prinsip dan piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia.
- (v) Menyokong semua resolusi yang diambil PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
4. Faktor Geografi
- (i) Kedudukan strategik di Asia Tenggara.
- (ii) Bersempadan dengan Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina.
- (iv) Perairan negara menjadi laluan kapal dagang antarabangsa.
- (v) Keselamatan negara serantau akin mempengaruhi dan meningggalkan kesan kepada keselamatan negara.
5.Faktor Demografi
- (i) Hubungan diplomatik dengan negara-negara yang pendudduknya majoriti beragama Islam.
- (ii) Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu menceroboh dan menindas penduduk Palestin.
- (iii) Kebebasan kepada penduduk pelbagai kaum untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing.
- (iv) Menentang Dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan.
Tahap Pertama
1. Pada tahap pertama, Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.
2. Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman (1957-1970) berdasarkan kepada faktor politik, ekonomi, dan sosial.
3. Faktor politik yang berkaitan dengan ancaman komunis di Asia Tenggara serta Parti Komunis Malaya di dalam negara, mendorong Malaysia meminta bantuan dari negaranegara Komanwel, iaitu Britain, Australia, dan New
Zealand.
4. Sebagai usaha untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis, satu perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) dilaksanakan pada tahun 1956.
5. Melalui perjanjian ini, British akan memberi bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara.
6. Malaysia juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan negara jiran melalui beberapa perjanjian:
- (a) Perjanjian dengan Thailand dan Filipina melalui pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961.
- (b) Perjanjian MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama Indonesia dan Filipina.
- (c) Perjanjian ASEAN pada tahun 1967 bersama Thailand, Indonesia, Filipina, dan Singapura.
7. Dari segi ekonomi, Malaysia amat bergantung kepada Britain kerana
- (a) Malaysia terlibat dalam anggota blok sterling dalam menjalankan perdagangan melalui nilai mata wang paun sterling.
- (b) Malaysia memberi tumpuan pada hasil bijih timah dan getah kerana permintaan dari negara Barat seperti Britain.
- (c) Britain masih menguasai ekonomi Malaysia melalui sistem perladangan dan perindustrian.
8. Malaysia membina rangkaian dagangan dengan Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman bagi mengurangkan pergantungan serta mencari pasaran baru.
Tahap Kedua
- 1. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
- 2. Dasar Malaysia berubah kerana kurangnya peranan AMDA serta pengaruh Britain di Timur.
- 3. Selain itu, disebabkan juga oleh pergolakkan di Vietnam yang melibatkan dua buah kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
- 4. Dalam mencapai matlamat dasar luar, Malaysia mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN) dengan negara anggota ASEAN.
- 5. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis, iaitu China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara, dan Mongolia.
- 6. Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vitnam pada tahun 1976.
- 7. Malaysia mengatasi masalah pelarian Vietnam dengan bantuan negara jiran.
Tahap Ketiga
- 1. Malaysia menekankan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan, dan pembangunan dalam kalangan negara membangun.
- 2. Malaysia mengadakan hubungan dengan negara-negara ASEAN, misalnya melalui penyelesaian masalah krisis Vietnam dan Kampuchea.
- 3. Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur melalui Jepun dan Korea Selatan dengan mengambil dan menerima pakai nilai-nilai murni seperti semangat cinta akan negara, kesungguhan dalam pekerjaan serta etika pengurusan kerja yang baik.
- 4. Mengadakan hubungan dua hala melalui lawatan ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean, dan Pasifik Selatan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dalam lawatan tersebut, misi perdagangan serta perjanjianperdagangan dua hala yang menguntungkan dititikberatkan.
Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Selepas merdeka,
Malaysia terlibat dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan, dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Komanwel
- 1. Ditubuhkan pada tahun 1931 yang terdiri dari negara bekas jajahan Britain yang telah merdeka.
- 2. Terdiri dari 54 buah negara maju dan negara sedang membangun.
- 3. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.
- 4. Penubuhannya bertujuan untuk membina semangat setia kawan antara negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam segala bidang.
Faedah yang diperoleh
- 1. Selepas merdeka, Komanwel bertindak membantu Malaysia memelihara keamanan serta kedaulatan negara melalui sekatan terhadap pengaruh Parti Komunis Malaya.
- 2. Perjanjian AMDA menjanjikan bantuan kepada negara kita sekiranya diserang musuh semasa berkonfrantasi dengan Indonesia.
- 3. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan hal-hal yang berkait dengan kepentingan bersama.
- 4. Pada tahun 1989, mesyuarat CHOGM mengisytiharkan Deklarasi Langkawi.
- 5. Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.
- 6. Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan bisasiswa dalam bidang pendidikan.
Sumbangan Malaysia
- 1.Tuan rumah CHOGM pada tahun 1989.
- 2. Bersuara lantang menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
- 3. Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
1. PBB ditubuhkan pada tahun 1945 selepas Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua.
2. Ibu pejabat PBB terletak di San Francisco, kemudian berpindah ke New York pada tahun 1946.
3. PBB dianggotai oleh 51 buah negara anggota, kemudian meningkat pada 189 buah negara pada tahun 2002.
4. Malaysia menyertai PBB pada tahun 1957 selepas negara mencapai kemerdekaan.
5. PBB menekan empat prinsip dalam piagamnya
- (a) Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
- (b) Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.
- (c) Bekerjasama dalam menyelesaikanmasalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa,agama, dan warna kulit.
- (d) Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.
Sumbangan Malaysia kepada PBB
1. Menyelesaikan konflik antarabangsa
- (a) Pada tahun 1960, Malaysia menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo.
- (b) Pada tahun 1989, Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara tersebut mencapai kemerdekaan.
- (c) Pada tahun 1990, Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq ; dan Kampuchea serta pasukan pengaman ke Bosnia.
- (d) Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan mahu Benua Antartika menjadi warisan dunia dan hak milik semua negara.
2. Dari segi ekonomi
- (a) Malaysia menjadi ahli Bank Dunia (Bank Antarabangsa) yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1945.
- (b) Bank ini ditubuhkan untuk membantu negara-negara sedang membangun dari segi kewangan, dan menyusun semula pembangunan ekonomi negara tersebut.
- (c) Kemasukan pelabur-pelabur asing diharap dapat membasmi kemiskinan dan menyediakan peluang pekerjaan.
- (d) Malaysia menggunakan Bank Dunia dalam menjayakan rancangan Lembaga Pembangunan Kemajuan Tanah(FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
3. Dari segi sosial
(a) Malaysia berpendidrian teguh memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada Jun 1987 dengan Perdana Menteri sebagai Yang Dipertua persidangan.
(b) Malaysia bekerjasama dengan menyertai beberapa agensi PBB seperti:
- (i) Kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan melalui agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).
- (ii) Kerjasama dalam bidang perubatan dan kesihatan melalui Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
- (iii) Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi melalui pertubuhan Pendidikan dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
- (c) Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB bagi tahun 1965, 1989, dan 1999.
- (d) Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai wakil khas PBB menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan dalam menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.
- (e) Malaysia menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan persidangan antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
1. NAM ditubuhkan pada September 1961 yang terdiri daripada negara-negara membangun di Asia, Afrika, dan Amerika Selatan.
2. NAM terdiri dari 113 buah negara, 16 sebagai pemerhati, 28 sebagai tetamu jemputan.
3. Tujuan NAM ditubuhkan adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong Blok Kapitalis atau Blok Komunis.
4. Malaysia melibatkan diri pada tahun 1970 selepas berlakunya pertukaran dasar luar Malaysia dari pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.
5. Prinsip NAM
- (a) Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara.
- (b) Menghormati kedaulatan sesebuah negara.
- (c) Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara Malaysia melalui perundingan dan persefahaman.
- (d) Menghormati hak asasi manusia.
Sumbangan Malaysia
1. Pada sidang kemuncak ketujuh di New Delhi tahun 1984, Malaysia melalui usul membela kepentingan negara-negara sedang membangun tentang isu Palestin, kerjasama ekonomi, dan isu benua Antartika.
2. Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe) Malaysia mencadangkan Dasar Aparteid di Afrika Selatan dihapuskan.
3. Pada tahun 1989, Malaysia menerima penghormatan sebagai Naib Presiden melalui sidang kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia.
4. Malaysia dilantik menjadi ahli kumpulan 16 melalui isu kerjasama politik negara anggota.
5. Pada tahun 2003 Malaysia menjadi tuan rumah pada sidang kemuncak NAM ke-13
- (a) Terdapat 63 negara ahli, 31 ketua negara, 32 ketua kerajaan.
- (b) Berjaya menarik dua negara anggota baru, Timur Leste dan Pulau Catalina.
- (c) Berjaya menganjurkan satu mesyuarat tidak rasmi OIC.
- (d) Usaha menghidupkan NAM.
9. Mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.
Negara-Negara Selatan
1. Negara-Negara Selatan atau Negara-negara Dunia Ketiga mempunyai persarnaan dari segi ekonomi, bekas tanah jajahan kuasa Barat.
2. Bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.
3. Kurangnya kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap.
4. Penggantungan kepada kuasa Barat membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil terhadap kawalan harga bahan mentah dan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman.
5. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal dalam kalangan negara-negara anggota tanpa pengantungan terhadap negara maju.
6. Malaysia berperanan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan. Strateginya ialah melalui penubuhan kumpulan 15 (G15) pada tahun 1989.
7. Idea ini dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dalam sidang kemuncak NAM di Zimbabwe tahun 1987.
8. Dalam sidang kemuncak G15 di Kuala Lumpur tahun 1990, beberapa projek telah dirancang
- (a) Menubuhkan pusat pertukaran data pelaburan perdagangan dan teknologi selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.
- (b) Menubuhkan sistem keistimewaan perdagangan global (GSTP).
- (c) Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisma kewangan pembiayaan perdagangan.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
1. OIC ditubuhkan pada tahun 1971 melalui idea Tunku Abdul Rahman dan berpusat di Jeddah Arab Saudi.
2. Terdiri daripada 57 buah negara dan 3 negara lagi sebagai pemerhati.
3. OIC bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam, mengekalkan perdamaian dalam segala
persengketaan, dan memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
4. OIC membantu negara Islam dengan menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia, dan Afghanistan.
Sumbangan OIC kepada negara-negara anggota
1. Bantuan kepada negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan.
2.Bantuan kewangan diberi kepada negara kurang maju seperti Sudan, Nigeria, dan Chad.
3. Menubuhkan Bank Pembangunan Islam supaya dapat menyalurkan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.
Sumbangan Malaysia kepada OIC
- 1. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai setiausaha agung OIC yang pertama.
- 2. Malaysia menjadi pengantara dengan menyelesaikan peperangan di Iran-Iraq.
- 3. Menyokong rakyat Palestin dalam mendapatkan semula tanah mereka dari Israel.
- 4. Pada tahun 1974 dan tahun 2003, Malaysia menjadi tuan rumah persidangan OIC.
- 5. Pada tahun 2002, Malaysia menganjurkan persidangan menentang pengganas di negara Islam.
- 6. Tawaran biasiswa diberi kepada pelajar negara OIC semasa belajar di UIAM.
- 7. Malaysia menyarankan dinar emas digunakan dalam urusan perdagangan dalam kalangan negara Islam.
- 8. Malaysia mendapat penghormatan kerana serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
Faedah yang diperoleh Malaysia
- 1. OIC membantu Malaysia dalam menubuhkan UIAM
- 2. Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi menjalankan
projek-projek untuk kepentingan rakyat.
Malaysia dalam Pertubuhan Serantau
Terdapat 3 pertubuhan yang dibentuk iaitu ASA tahun 1961, MAPHILINDO 1963, dan ASEAN 1967.
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA)
- 1. ASA ditubuhkan untuk membendung pengaruh dan gerakan PKM melalui kerjasama dengan negara- negara jiran.
- 2. Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
- 3. Ditubuhkan pada 31 Julai 1961 melalui mesyuarat di Bangkok dengan kerjasama Malaysia, Thailand, dan Filipina.
Matlamat ASA
(a) Menjalankan kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains, dan sosial.
(b) Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan negara anggota.
(c) Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara negara serantau.
4. ASA dibubarkan pada tahun 1963 kerana dianggap sebagai antipemerintahan Soekarno di Indonesia.
5. Kesangsian juga timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain manakala Thailand dan Filipina mempunyai parjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat.
6. Pertelingkahan berterusan di antara Malaysia dengan Filipina berlaitan penubuhan Malaysia juga mnyebabkan ASA dibubarkan.
MAPHILINDO (Malaysia, Filipina, dan Indonesia)
- 1. MAPHILINDO ialah gabungan tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina, dan Indonesia.
- 2. Matlamat MAPHILINDO adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dalam menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia berkaitan penubuhan Malaysia.
- 3. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana dianggap sebagai neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru. Filipina ingin menuntut Sabah menjadi hak milik mereka.
- 4. Sebagai langkah penyelesaian, Malaysia mengadakan rundingan yang membawa kepada pembentukan MAPHILINDO
- 5. Ketiga-tiga negara mencapai kata sepakat untuk memohon bantuan PBB.
- 6. Melalui PBB, Lawrence V. Michaelmore dihantar ke Sabah dan Sarawak bagi meninjau pendapat rakyat di sana mengenai penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
- 8. Hasilnya, majoriti penduduk di Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia.
- 9. Filipina dan Indonesia tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan terus menentang penubuhan Malaysia dan menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.
ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara)
- 1. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
- 2. ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Singapura kemudian ditambah anggotanya menjadi 10, iaitu Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos, dan Kampuchea.
- 3. Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam zon Asia Tenggara.
Matlamat ASEAN
- (a) Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
- (b) Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan.
- (c) Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan, dan perindustrian.
- (d) Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
- (e) Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Kerjasama ASEAN
- 1. Melalui mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN pada November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur dilaksanakan dengan mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN)
- 2. ZOPFAN bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana-mana Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.
- 3. Pada tahun l984, Menteri-menteri Luar mengisytiharkan ASEAN sebagai zon bebas senjata nuklear, iaitu tidak membenarkan kapal-kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
- 4. Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian, iaitu projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan Aceh(Indonesia).
- 5. Pada tahun 1992, AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas) diumumkan dalam kemuncak ASEAN di Singapura.
- 6. Memperluas sikap kerjasama ekonomi dengan negara China, Jepun, dan Korea Selatan atau Perundingan Ekonomi Asia (EAEC). Idea ini dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad tetapi ditentang oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.
- 7. Kerjasama secara tidak rasmi diteruskan melalui konsep ASEAN + 3 yang merujuk kepada kerjasama antara negara ASEAN dengan China, Jepun dan Korea. Menteri-menteri luar negara-negara tersebut dijemput menghadiri siri perbincangan tenteng kerjasama yang ingin diwujudkan.
- 8. Mewujudkan kerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Sebuah Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) ditubuhkan di Pulau Pinang.
- 9. Dalam bidang kebudayaan dan sosial, mengadakan Festival Kebudayaan dan Kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
- 10. Mengadakan Sukan SEA bagi merapatkan a hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.
- 11. Dalam bidang pelancongan, pada tahun 1992 telah dilancarkan Tahun Melawat ASEAN.
Cabaran Masa Depan Globalisasi
- 1. Merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan.
- 2. Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran, dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat.
- 3. Perubahan dihubungkan dengan kemajuan teknologi khususnya teknologi maklumat dan komunikasi.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Information and Communication Technology (ICT)
- 1. Merujuk kepada kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku dengan pantas, mudah,dan berkesan tanpa mengira sempadan.
- 2. Alatan seperti komputer, internet, telefon mudah alih dan kos pengangkutan yang murah menjadi pemangkin kepada hubungan sesama manusia antara sebuah negara dengan negera lain.
- 3. Inovasi teknologi telah membawa perubahan yang luas dalam masa yang singkat.
- 4. Malaysia menyediakan prasarana bagi merebut peluang serta faedah yang dihasilkan.
- 5. Malaysia menjalankan pelbagai langkah untuk mempromosikan ICT.
- 6. Merancang pembinaan prasarana ICT seperti yang terdapat dalam Wawasan 2020
- 7. Kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia/Mutimedia Super Corridor (MSC).
- 8. Memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.
K-ekonomi
- 1. Ekonomi berlandaskan pengetahuan atau knoledge-based ekonomi
- 2. Merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.
- 3. Pada era k-ekonomi, teknologi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan merupakan pengerak utama dalam menjana keuntungan, kemajuan perniagaan, peluang pekerjaan, sertaIperkongsian pintar.
- 4. Bagi menjayakan ini, sumber paling berharga ialah modal intelek dan pekerja yang berpengetahuan.
- 5. Inovasi merupakan kunci utama yang menentukan kejayaan k-ekonomi dan ini boleh dicapai melalui penyelidikan dan pembangunan atau research and development (R&D).
- 6. Kerajaan menyediakan peruntukan yang besar kepada penyelidikan dan pembangunan dalam usaha menggalakkan penciptan baru dan pendaftaran paten.
- 7. Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyatnya supaya menggunakan segala penemuan baru dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan bangsa dan negara.
K-masyarakat
1. Merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkaya diri dengan pengetahuan agar terus dapat bersaing.
2. K-masyarakat dan k-ekonomi selari dengan Wawasan 2020 yang berusaha mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik.
3. Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
4. Prasarana k-masyarakat telah dibangunkan oleh kerajaan secekapnya melalui pendidikan iaitu
- (a) Sekolah wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum yang dapat meningkatkan daya saing.
- (b) Sekolah bestari dilengkapkan dengan prasarana teknologi maklumat (IT) dalam usaha memupuk rasa cinta akan IT.
- (c) Kurikulum diubah suai dan dibentuk semula agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis serta berfikiran kritis dan analitis.
5. Usaha tersebut adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi yang diperlukan untuk menyahut cabaran globalisasi.
kredit Blog Sejarah Cikgu Mohd Firdaus Wong
Selamat membuat ulangkaji buat pelajar SPM. Ingat, matapelajaran Sejarah adalah subjek wajib lulus SPM selain Bahasa Melayu.
pelabur britain