Menurut pengalaman ramai pelajar atau guru/ pensyarah, biasanya pelajar yang berjaga lewat malam atau stay up belajar sampai pukul 2 atau 3 pagi jarang-jarang sangat yang jadi best student, yang gagal mungkin ramai. Kebiasaannya yang jadi best student adalah yang bangun tidur awal, seawal 5 pagi dan tidur pun awal tidak lewat dari jam 11.00 malam.
Samada anda student atau bukan student, pukul 4 pagi- 6 pagi adalah waktu terbaik untuk beribadah, munajat kepada Allah, berdoa dan solat-solat sunat. Kalau nak study pun waktu itu terbaik untuk menelaah Al-Quran dan belajar dari ilmu-ilmu Allah. Belajarlah benda lain pada waktu lain.
Panduan Dan Tips Waktu Terbaik Untuk Belajar Dengan Berkesan
Jika anda lakukan ini secara berterusan dan istiqomah, In Sha Allah pada waktu selain itu otak anda akan KEKAL OPTIMUM untuk studi pelajaran-pelajaran lain dengan penuh keberkatan dan bantuan hikmah dari Allah SWT.
Tumpukan waktu 4.00 – 6.00 pagi untuk beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT, bukan untuk studi akademik (melainkan studi Al-Quran dan As-Sunnah). Tetapi seperti dikata, lain orang lain cara belajar, ada yang suka stay up, ada yang suka pagi-pagi dan ada yang fokus dalam kelas sahaja dah boleh skor. Cuma yang penting anda perlu kenali diri sendiri.
Berikut disertakan gambarajah menerangkan tentang “Masa Yang Terbaik Untuk Belajar”
- 4 pagi hingga 5 pagi – Otak berfungsi 100%
- 6 pagi hingga 730 petang – Otak berfungsi 50 %
- Malam – Otak berfungsi 20 %
- Brain Oxyangen Level
- Sarapan Pagi – 60 hingga 80 %
Makan tengahari – 10 hingga 20 %
Makan malam – 30 hingga 40 %
- Sarapan Pagi – 60 hingga 80 %
- Tidur waktu malam
- Minimum – 6 jam
Maksimum – 8 jam
- Minimum – 6 jam
Tips-Tips Belajar Dengan Berkesan
- 1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- 2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- – Kita ingat 10% apa yang dibaca
– Kita ingat 20% apa yang didengar
– Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
– Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
– Kita ingat 90% setelah dipraktikkan - 3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- 4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
- 5. Manfaatkan kemahiran mengingat:- Tampal nota-nota penting di dinding – Gunakan kaedah akronim
– Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
– Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat - 6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- 7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
- 8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
- 9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
- 10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
- 11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
- 12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- 13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
- 14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Sumber Asal: PBASMKPS