Panduan terkini dikemaskini pada

Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11 SPA Dan Gaji

Jawatan Pembantu Awam Gred H11. Bekerja di sektor perkhidmatan awam atau kerajaan adalah pilihan ramai para pencari kerja masa kini. Selain masa depan yang terjamin, penjawat awam juga akan menikmati gaji bulanan yang menarik serta kemudahan lain seperti perubatan, cuti, bonus, kenaikan pangkat dan banyak lagi.

Jawatan ini adalah salah satu jawatan kerajaan yang popular di kalangan lulusan PMR/ PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang inginkan pekerjaan di sektor kerajaan. Untuk kemudahan semua yang berminat dengan jawatan ini, berikut adalah Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11 yang memaparkan skop kerja. tanggungjawab, jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan untuk memohon.

tugas pembantu awam

Mereka yang berminat untuk memohon boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan secara atas talian atau online menerusi Borang SPA8i di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pendaftaran boleh dibuat sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11

Berikut dikongsikan senarai tanggungjawab seorang Pembantu Awam Gred H11 di sektor perkhidmatan awam :

Ringkasan Tugas

Berikut adalah Deskripsi kerja untuk rujukan semua :-

  • Melaksanakan kerja-kerja umum bercirikan hands-on yang membutuhkan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan kerja-kerja berkenaan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  • Melakukan kerja penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  • Melaksanakan kerja pemanduan enjin sangkut/motobot.
  • Menjalankan kerja-kerja lain yang diamanahkan oleh ketua jabatan.

Khusus

  • Akan ditetapkan oleh Ketua Pusat TanggungJawab mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas

Selain itu, berikut dikongsikan contoh senarai kerja Pembantu Awam di Jabatan Kesihatan :-

Contoh 1 : Jabatan Kesihatan

  • i) Memunggah barang-barang dari kenderaan pembekal masuk ke Stor Farmasi
  • ii) Menyimpan barang-barang ke dalam stor mengikut arahan Pegawai Stor
  • iii) Mengeluarkan barang-barang dari stor mengikut arahan Pegawai Stor
  • iv) Membungkus dan menghantar barang-barang yang telah diatur oleh pegawai Stor
  • v) Membantu Pegawai Stor buat semakan stok
  • vi) Membuat kerja-kerja fotostat dan penghantaran surat menyurat
  • vii) Membuka lampu-lampu pejabat dan stor diwaktu pagi dan memadamkannya pada waktu pulang
  • viii) Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke masa

Contoh 2 : UTM

a. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

b. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan merangkumi aspek tugas:

  • Aspek tugasan am bersifat hands-on serta sokongan teknikal dan pembaikan kerosakan kecil
  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas persiapan dan logistik sebelum dan selepas majlis rasmi atau mesyuarat seperti alat siaraya dan kerusi/meja
  • Membersih dewan/bangunan/bilik-bilik mesyuarat berkaitan.
  • Menyedia dan mengangkut peralatan/barang-barang ke tapak kerja
  • Membersihkan tapak kerja serta mengangkut sampah sarap dari tapak kerja selepas selesai tugas
  • Melaksanakan lain-lain tugasan rencam seperti pembersihan longkang, pemotongan rumput dan dahan pokok serta tugas-tugas landskap serta keceriaan kawasan
  • Memastikan peralatan/ruang kerja yang berada di bawah pengawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur, selamat serta dapat beroperasi dengan baik untuk digunakan pada bila-bila masa
  • Menjalankan pemeriksaan harian/berkala ke atas peralatan/ruang kerja yang berada di bawah pengawasan
  • Menerima dan merekod aduan kerosakan dari pelanggan.

a. Kerja Pasukan 3R – menyedikan dan melekat stiker pada tong, menyediakan tong untuk upacara rasmi universiti, menghantar serta mengambil semula tong selepas majlis selesai, membersih tong, menyediakan inventori tong, senarai serta kad, pengasingan bahan kitar semula, penjualan hasil bahan kitar semula, semakan inventori tong dan timbangan data bahan kitar semula mengikut kategori, kutipan bahan kitar semula, pembersihan sekitar kabin.
b. Penyenggaraan Lanskap & Nurseri – cantasan, membaja, merumpai, menyiram, semaian anak pokok, penanaman pokok, penyemaian benih, akuakultur dan lain-lain
c. Penjagaan Rusa – pemotongan rumput rusa, makanan rusa
d. Biowaste Treatment – penghasilan kompos, pembungkusan dan penjualan baja kompos
e. Arahan dari masa ke semasa.

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan adalah seperti berikut.

Tangga Gaji

Kumpulan : Pelaksana

Kem/Jab : Pelbagai Kementerian atau Jabatan atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

Gaji Minimum : RM 1,218.00

Gaji Maksimum : RM 2,939.00

Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM 80.00

Syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan ini adalah speerti berikut.

Syarat Lantikan

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;

b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) 1) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred H11 iaitu RM1,218.00).

(Syarat Tambahan: Untuk kerja menyelamat, calon mesti mempunyaii Sijil Pertolongan Cemas dan berkemampuan untuk berenang. Untuk kerja memandu enjin sangkut atau motobot, calon mesti mempunyai perakuan kekompetenan yang berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
(Gaji awal bermula pada Gred H11 iaitu RM1,264.15).

ii) Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Sumber SPA

Related : sesuai untuk h11 ni kekosongan jawatan diarahkan oleh ketua jabatan permohonan jawatan portal spa, jawatan kosong, memerlukan keupayaan fizikal