Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Rumah PPR Online Program Perumahan Rakyat

Anda seorang yang belum memiliki rumah dan berpendapatan RM2,500 sebulan. Berita baik, seperti dipetik dari FB Rasmi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT),

Pemohonan Rumah PPR boleh dibuat secara online. Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Jabatan Perumahan Negara/ Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

permohonan rumah ppr

Pemohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat Secara Online

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu

  • PPR Disewa (PPRS)
  • PPR Dimiliki (PPRM)

Pada asalnya program PPRM hanya dilaksanakan di negeri Pahang tetapi mulai Rancangan Malaysia ke-10, Program PPR Dimiliki telah diperluaskan di negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah dan yang terkini di Johor melalui Projek Perumahan Rakyat Melana Indah, Taman Perling, Johor Bahru.

Tujuan Program Perumahan Rakyat (PPR)

Untuk makluman, Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu
program kerajaan untuk :-

  • Penempatan semula setinggan
  • Memenuhi
    keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah

Harga Dan Spesifikasi Rumah PPR

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada paras harga antara RM30,000.00 dan RM35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500.00 di Sabah dan Sarawak.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

PROJEK PPR (DISEWA)

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

PROJEK PPR (DIMILIKI)

Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Buat masa ini program ini hanya dilaksanakan di negeri Pahang. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM30,000 dan RM35,000 seunit.

CARA BUAT PERMOHONAN PPR

Berikut adalah syarat-syarat permohonan rumah PPR :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

i) Permohonan Rumah PPR, MyHOME & Rumah Transit Online melalui Portal TEDUH

Permohonan memiliki rumah ini boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal TEDUH yang disediakan oleh KPKT.

TEDUH merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyediakan saluran rasmi bagi maklumat perumahan kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun dan pemaju swasta.

Di dalam portal tersebut terdapat modul Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) dan pengguna perlu mendaftar sebelum mengaksesnya

  1. Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN)
  2. Pautan Borang Permohonan : SPRN
  3. Klik pada pilihan daftar akaun
  4. Sila masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Lalu klik butang Daftar
  5. Seterusnya semak emel yang didaftarkan dan klik pautan yang diberi bagi pengaktfan akaun pengguna
  6. Sila masukkan tetapan kata laluan. Pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Lalu klik butang simpan
  7. Sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan
  8. Klik pada butang Log Masuk
  9. Setelah selesai mendaftar, permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah selepas log masuk

Pertanyaan Program Skim PPR :

03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

ii) Melalui Pihak Berkuasa Negeri

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan. Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut atau di  Laman Web setiap negeri yang disertakan:

PERLIS INDERA KAYANGAN

  • Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
    Bahagian Perumahan, Aras Bawah Blok  A
    Bangunan Dato’ Mahmud Mat
    Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan
    01000 Kangar, PERLIS INDERA KAYANGAN
    Laman Web https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/54

KEDAH DARUL AMAN

  • Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
    Bahagian Perumahan
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
    Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman
    05250 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN
  • Tel     : 04 – 774 4501
  • Laman web https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/268

PULAU PINANG

  • Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
    Bahagian Perumahan Awam
    Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri
    Tingkat 20, Kompleks KOMTAR
    10503, PULAU PINANG
  • Tel     : 04 – 262 1957
    Fax    : 04 – 262 2904
    Laman Web https://erumah.penang.gov.my/index.php/ms/

PERAK DARUL RIDZUAN

  • Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
    Bahagian Perumahan Awam
    Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN.
  • Tel     : 05 – 209 5000 samb. 5057
    Fax    : 05 – 253 0001
    Laman Web http://lphp.perak.gov.my/permohonanrumah.php

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

  • Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
    Tingkat 5 Blok S Wisma Negeri
    70503 Seremban, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
  • Tel     : 06 – 765 9900
    Fax    : 06 – 761 7386
    Laman Web http://perumahan.ns.gov.my/

MELAKA

  • Pengarah Eksekutif
    Lembaga Perumahan Melaka
    Aras 10, Menara MITC
    Jalan Konvensyen, Kompleks MITC
    Hang Tuah Jaya
    75450,  AYER KEROH, MELAKA
  • Tel     : 06 – 232 0383
    Laman Web https://lpnm.gov.my/

JOHOR DARUL TAKZIM

  • YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
    (Bahagian Perumahan)
    Aras Bawah 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak
    Kota Iskandar
    79503 Nusajaya, JOHOR DARUL TAKZIM
  • Tel     : 07 – 266 6261
    Laman Web http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/hartanah/prr.htm?q=1

TERENGGANU DARUL IMAN

  • Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Perumahan)
    Tingkat Bawah No. 28,
    Pusat Niaga Paya Keladi,
    20000, Kuala Terengganu, TERENGGANU DARUL IMAN
  • Tel     : 09 – 626 7999/ 09 – 631 7999
    Fax    : 09 – 626 2999
    Laman Web http://perumahan.terengganu.gov.my/

KELANTAN DARUL NAIM

PAHANG DARUL MAKMUR

KUALA LUMPUR

  • Jabatan Pengurusan Perumahan
    Dan Pembangunan Komuniti,
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
    Tingkat 4-9,  Menara DBKL III,
    Bandar Wawasan,
    Jalan Raja Abdullah,
    50300 KUALA LUMPUR
  • Tel     : 03 – 2617 6066
    Fax    : 03 – 2698 3722
    Laman Web http://eperumahan.dbkl.gov.my/

SABAH

  • Setiausaha Tetap
    Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
    Wisma Tuan Fuad Stephens, Block D, Tingkat 2-6
    Wisma Tuan Fuad Stephens
    Karung Berkunci 2010
    88999 Kota Kinabalu, SABAH
  • Tel     : 088 – 256 144
    Laman Web http://ww2.sabah.gov.my/mlgh/PPR1.html

SARAWAK

  • Ibu Pejabat HDC
    Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma,
    Petra Jaya,P.O. Box 1504,
    93730 Kuching, SARAWAK.
  • Tel     : 082 – 444 381
    Fax    : 082 – 448 133
    Laman web http://www.hdc.sarawak.gov.my/
  • Pejabat Wilayah Kawasan Tengah
    Parcel B9, Unit 14-16
    HDC Garden Terrace Sibu Jaya
    CDT 84, 9600 SIBU
  • Tel   : 084-236 227
    Fax  : 084-236 224
  • Pejabat Wilayah Kawasan Utara
    Lot 6747 & 6748
    Desa Pujut Shophouse
    Phase 8, Bandar Baru Permyjaya
    98107 MIRI
  • Tel   : 085-656 134
    Fax  : 085-655 018

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

  • Ketua Pegawai Eksekutif
    Perbadanan Labuan
    (Labuan Corporation)
    Peti Surat 81245
    87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
  • Tel     : 087 – 408 600

Ciri-ciri Rumah PPR

  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besar
    Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
    Keluasan – Tidak kurang 700 kps
    Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kriteria Dan Ciri-Ciri Asas lain sila klik PPR

Syarat-Syarat Layak Permohonan PPR

Berikut adalah syarat-syarat untuk layak memohon PPR :-

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Memenuhi syarat-syarat kelayakan pendapatan bulanan isi rumah seperti di gambarajah

syarat kelayakan rumah ppr
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

  • Pengarah
    Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
    Jabatan Perumahan Negara
    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Aras 35, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62100 Putrajaya
    MALAYSIA
  • Tel     : 603 – 8891 4356
    Fax    : 603 – 8891 4226

Selamat membuat Pemohonan Rumah PPR Online Program Perumahan Rakyat kepada mereka yang berkelayakan. Moga permohonan anda berjaya.

Related : jabatan perumahan negeri pihak berkuasa tempatan yang berkaitan kementerian perumahan dan kerajaan permohonan rumah ppr online cara membuat permohonan sistem pengurusan perumahan negara harga rumah jabatan perumahan negeri pihak berkuasa tempatan yang berkaitan portal teduh membuat permohonan rumah ppr berikut dikongsikan, rumah teres, untuk memberi, pilih skim, 700 kaki persegi, klik pautan