Anda calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU (SPM Ulangan) 2021 dan peperiksaan lain seperti SPM dan STAM? Pendaftaran calon persendirian 2021 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SPM Ulangan (SPMU) dan STAM boleh dibuat bermula dari 17 Mei hingga 18 25 Jun 2021. Peperiksaan SPM (U) 2021 hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah dan dijadualkan berlangsung pada tarikh yang akan dikemaskini. Rujuk Takwim Peperiksaan Awam 2021 di Tarikh Peperiksaan 2021 untuk maklumat lanjut.
Untuk sesi November, semua subjek SPM ada ditawarkan dan akan diadakan sama seperti peperiksaan SPM calon sediada iaitu pada bulan November/ Disember.
Pendaftaran Calon Persendirian 2021 : SPMU, STAM Dan SPM
Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Negeri yang berhampiran atau dimuat turun di
- Panduan Dan Borang Pendaftaran Calon Persendirian
- Tarikh Buka : 17 Mei 2021
- Tarikh Tutup :
1825 Jun 2021
* Nota Penting : Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan
Tatacara Pendaftaran Peperiksaan
Pelajar boleh membuat pendaftaran menggunakan capaian aplikasi pendaftaran Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan berikut :-
- Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan) (SPM)”. Klik “Daftar” untuk mendaftarkan diri sebagai calon SPMU/ SPM
- Masukkan maklumat no. kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran peperiksaan yang lepas. Maklumat boleh diperoleh daripada sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC.
- Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan no. kad pengenalan, tahun peperiksaan dan angka giliran merupakan milik anda, kemudian klik Teruskan
- Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.
- Pilih mata pelajaran yang anda ingin daftarkan. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus anda memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.
- Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.
- Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya.
- Bayaran bagi permohonan pendaftaran SPMU/ SPM hendaklah dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik.
- Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan anda mencetak dokumen Senarai Semak Pendaftaran SPMU / SPM dan Kenyataan Semakan. Pastikan dokumen seperti yang dinyatakan di atas dibawa ke JPN/PPD negeri masing-masing untuk pengesahan pendaftaran.
PERHATIAN : Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan memohon pendaftaran SPMU di pautan berikut:-SPPAT SPMU, SPM BARU & SPM MENGULANG
Dokumen Yang Diperlukan
Setelah melaksanakan permohonan dan bayaran secara dalam talian, pemohon hendaklah mencetak dan menghantar/ mengepos dokumen berikut ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan:
- Salinan Kenyataan Semakan;
- Salinan Resit bayaran (perbankan elektronik); dan
- 4 keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
Kegagalan calon mengemukakan dokumen, akan menyebabkan calon tidak menerima maklumat penting berkaitan peperiksaan. Alamat JPN boleh didapati di portal Lembaga Peperiksaan (http://lp.moe.gov.my)
Kenyataan Media KPM
Berikut dikongsikan kenyataan media mengenai pendaftaran calon persendirian SPM, SPMU dan STAM tahun 2021.
APLIKASI PENDAFTARAN PEPERIKSAAN TAHUN 2021
Berikut adalah capaian applikasi pendaftaran peperiksaan lain untuk tahun 2021 untuk Setiausaha Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Lembaga Peperiksaan.
- SPM Ulangan SPMU: Klik https://sppat.moe.gov.my
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : https://sppat.moe.gov.my
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : https://estam.moe.gov.my
TAHUN 2021
BIL | PERKARA | TARIKH |
---|---|---|
1 | Pendaftaran peperiksaan secara dalam talian (calon sekolah dan persendirian) | 17 Mei hingga |
2 | Pembetulan maklumat calon dan pembetulan mata pelajaran (tanpa bayaran) | 19 Jun hingga 2 Julai 2021 |
3 | Pembetulan maklumat calon dan pembetulan mata pelajaran (dengan bayaran) | 3 Julai hingga 16 Julai 2021 |
4 | Pindah Pusat Peperiksaan (calon guna angka giliran pusat peperiksaan baharu) | 19 Jun hingga 16 Julai 2021 |
5 | Pindah Pusat Peperiksaan (calon guna angka giliran pusat peperiksaan baharu) | 17 Julai 2021 hingga selesai peperiksaan |
Semoga panduan Pendaftaran SPMU 2021 Online serta SPM & STAM Dan Calon Persendirian ini bermanfaat.