Panduan terkini dikemaskini pada

Koleksi Peribahasa Melayu SPM Dan Maksud

Senarai Peribahasa Melayu SPM Dan Maksud Yang Lengkap. Peribahasa adalah susunan perkataan yang mengandungi maksud tersirat dan yang lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu.

Ianya digunakan dalam pertuturan harian dan menggambarkan Sifat, Kelakuan dan Keadaan.

JENIS-JENIS PERIBAHASA

  1. Simpulan Bahasa
  2. Perumpamaan
  3. Pepatah
  4. Bidalan
  5. Perbilangan

1. Simpulan Bahasa

  • Muka tembok
  • Ajak-ajak ayam
  • Pecah tembelang

Koleksi Peribahasa Melayu SPM Dan Maksud

2. Perumpamaan

  • Bagai tikus membaiki labu
  • Bagai kaduk naik junjung
  • Laksana wau melawan angin

3. Pepatah

  • Bagaimana acuan begitulah kuihnya
  • Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
  • Bukannya diam penggali berkarat melainkan diam ubi berisi

4. Bidalan

  • Air dicincang tiada putus
  • Melepaskan anjing tersepit
  • Berhakim kepada beruk

5. Perbilangan

  • Terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata emas padahnya.
  • Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud – SPM.

Senarai Peribahasa Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

  • Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

  • Maksud : Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

  • Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

4. Meninggi diri

  • Maksud : Sombong

5. Bermuka dua

  • Maksud : Tidak jujur.

6. baik hati

  • Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang

  • Maksud : Punca kekuatan.

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

  • Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu

  • Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya

  • Maksud : Mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

  • Maksud : Sama taraf berkenaan perkahwinan atau persahabatan.

12. seperti lembu dicucuk hidung

  • Maksud : Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

  • Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

  • Maksud : Tidak takut berdepan dengan pihak lawan kerana kedua-duanya sama handal.

15. terang hati

  • Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati

  • Maksud : Tidak sombong

17. murah hati

  • Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

  • Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong

  • Maksud : Hampa.

Senarai Peribahasa Tingkatan 5

1. lintah darat

  • Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing

  • Maksud : Saling tolong-menolong.

3. anak dagang

  • Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

  • Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

  • Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melibatkan diri

6. indah khabar daripada rupa

  • Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

  • Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

  • Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit

  • Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

  • Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

  • Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

  • Maksud : Orang yang semuafakat, sehidup semati, dan tidak berubah kesetiaannya.

13. memerah otak

  • Maksud : Belajar bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

  • Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

  • Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

  • Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

  • Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan

  • Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

  • Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

  • Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh maksud kedua, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan

  • Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat

  • Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.

23.sediakan payung sebelum hujan

  • Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati

  • Maksud : Gembira.

25. anak buah

  • Maksud : a. Anak saudara.
  • b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah

  • Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung

  • Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang

  • Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

  • Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk

  • Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
  • b. Kehidupan yang senang.

Lain-Lain Peribahasa Melayu

  1. Kalah menjadi abu, menang menjadi arang : Walaupun kalah atau menang dalam sesuatu perselisihan, masing-masing akan mengalami kerugian
  2. Bahasa menunjukkan bangsa : Setiap tingkah laku atau tutur kata yang dilafazkan oleh seseorang itu dapat menunjukkan asal-usul keturunannya
  3. Gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah  Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan
  4. Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain : Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama
  5. Bagai aur dengan tebing : Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi
  6. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing : Keluarga atau sahabat yang sama sepakat dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan, sama ada yang ringan ataupun yang berat. Sama ertinya:-
    • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
    • Mendapat sama berlaba, kehilangan sama merugi
    • Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
    • Terapung sama hanyut, terendam sama basah
  7. Seperti isi dengan kuku : Suatu persahabatan yang begitu erat sekali
  8. Air yang dicincang tidak akan putus : Seseorang yang bersaudara itu tidak akan bergaduh berterusan walaupun berlaku sesuatu perselisihan
  9. Anak sebatang kara : Seseorang anak yang tidak mempunyai keluarga atau saudara mara
  10. Kecil-kecil menjadi anak, sudah besar menjadi onak : Semasa kecil anak itu menyenangkan hati kedua-dua orang tuanya tetapi apabila sudah dewasa, ia menyusahkan
  11. Anak di pangkuan dibiarkan, kera di hutan disusui : Seseorang yang menguruskan atau melakukan sesuatu kerja untuk orang lain sedangkan kerjanya atau urusannya sendiri tidak disempurnakan atau diabaikan
  12. Kasihkan anak ditangan-tangankan, kasihkan isteri ditinggal-tinggalkan : Seseorang itu dinasihatkan supaya tidak memanjakan anak atau isterinya agar tidak menyesal kemudian hari
  13. Bapak borek anak rintik : Sifat seseorang anak yang tidak jauh bezanya dengan sifat orang tuanya
  14. Dianaktirikan : Seseorang yang selalu disisihkan
  15. Sebatang kara : Seseorang yang hidup seorang diri tanpa ibu dan ayah dan juga tidak mempunyai saudara-mara
  16. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing : Wujud permuafakatan dalam mengerjakan sesuatu, sama-sama menanggung susah dan senang
  17. Bersatu teguh. bercerai roboh : Kalau bersatu menjadi kuat tetapi sekiranya berpecah akan menjadi lemah
  18. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi : Perselisihan atau keeratan persahabatan itu datangnya daripada kedua-dua belah pihak
  19. Bagai inai dengan kuku : Kasih sayang yang sukar untuk dipisahkan
  20. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi : Seseorang anak itu sedikit sebanyak akan mengikut bakat ayah atau ibunya
  21. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah : Kita mestilah mengikut sesuatu adat yang baik
  22. Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa : Seseorang yang berlaku adil iaitu sama rata dan tidak berat sebelah
  23. Bumi dipijak, langit dijunjung : Seseorang yang menurut nasihat dan mematuhi segala yang diarahkan
  24. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan : Seseorang yang sangat berterima kasih atas pertolongan ataupun nasihat yang diberikan oleh seseorang
  25. Murah hati : Seseorang yang penyayang dan mempunyai sifat yang simpati atau kasihan
  26. Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga : Budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang. Sama ertinya: Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik terkenang juga
  27. Mengaburi mata orang : Seseorang yang menipu atau membodohkan orang
  28. Ada udang di sebalik batu : Seseorang yang mempunyai maksud tertentu di sebalik apa yang dilakukannya
  29. Bagai mencincang air : Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang sia-sia
  30. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri : Seseorang yang menceritakan keburukan keluarganya kepada orang lain tetapi akhirnya dia sendiri yang mendapat malu

Moga perkongsian senarai koleksi peribahasa Melayu bermanfaat buat semua.