Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Dan Semakan Keputusan GIATMARA 2025 Online

Borang Permohonan Latihan GIATMARA 2025 Online. Anda seorang pelajar Bumiputera yang ingin mengikuti latihan kemahiran? Permohonan adalah dipelawa untuk mereka yang berumur 15 tahun keatas samada lepasan SPM atau tidak dengan syarat boleh membaca, menulis dan minat iaitu 3M. Mereka yang berkelayakan dan sihat tubuh badan boleh memohon untuk mengikuti program latihan sepenuh dan kursus jangka pendek GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2025.

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

giatmara 1

A. Permohonan Kemasukan GIATMARA 2025 Online

1. Program Sepenuh Masa (Secara Online)

Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online di Borang Online GIATMARA atau di Portal UP TVET

2. Program Jangka Pendek (Secara Manual)

Permohonan program latihan jangka pendek boleh dibuat dengan mengisi  borang online dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

3. Senarai Kursus GIATMARA

Senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti di (Senarai Kursus).

4. Senarai Lokasi GIATMARA

Senarai lokasi GIATMARA berhampiran anda (Lokasi GIATMARA ).

Sila buat semakan MANUAL PERMOHONAN secara online bagi mengelakan permohonan tidak lengkap.

B. Semakan Keputusan GIATMARA 2025 Online

Semakan keputusan kemasukan ke GIATMARA sesi Julai dan Januari boleh disemak di pautan berikut :-

  • Applikasi semakan : GSPel

Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada gspel@giatmara.edu.m. Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA 2025 Online dan semoga anda berjaya.