Permohonan Egtukar Pertukaran Guru 2021 Online Sepanjang Tahun. Anda seorang guru dan berminat untuk membuat permohonan pertukaran? Dipetik dari Applikasi epgo KPM, guru yang ingin memohon pertukaran untuk tahun 2021 boleh mengemukakan permohonan melalui applikasi egTukar secara online.
Untuk pertukaran tahun 2021, maklumat akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi di mana tarikh permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.
Permohonan Pertukaran Guru Januari 2021 EgTukar Online
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan pertukaran guru tahun 2021 (Sesi Januari & sesi Jun) :-
Applikasi Permohonan
Permohonan sepanjang tahun
- Klik – https://epgo.moe.gov.my/
- Tarikh Buka : 15 Februari 2021
- Tarikh Tutup : 28 Mac 2021
- Soalan Lazim Pertukaran Guru, sila klik FAQ
Permohonan Pertukaran Guru
Pertukaran guru antara negeri/bahagian/antara daerah/dalam daerah bagi tahun 2019 adalah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan gred seperti berikut :-
- DG29
- DG32 (KUP TIME-BASED)
- DG34 (KUP TIME-BASED)
- DG38 (KUP TIME-BASED)
- DG41
- DG42
- DG44 (KUP TIME-BASED)
- DG48 (KUP TIME-BASED)
- DG52 (KUP
TIME-BASED) DAN - DG54 (KUP TIME-BASED)
Menerusi makluman Portal Rasmi egTukar untuk semua pengguna egtukar, semakan maklumat & tindakan pembetulan maklumat peribadi melalui laman web e-operasi dengan segera sebelum mengisi permohonan pertukaran, sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing
Atau
Pejabat pendidikan daerah/ jabatan pendidikan negeri atau bahagian masing-masing.
Syarat Permohonan
Syarat-syarat umum permohonan pertukaran guru
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
- Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
- KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
- Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
- Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran:-
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (kdc)
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Semua jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
- Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan
- Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.
Nota Penting
Pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi tahun 2019, kementerian pendidikan malaysia.
Permohonan adalah dibuka mulai 18 februari hingga 27 mac 2019 bagi urusan pertukaran guru sepanjang tahun. Bagi sesi pertukaran ini, permohonan dibuka kepada semua negeri. walau bagaimanapun kelulusan pertukaran guru adalah tertakluk kepada kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen negeri yang dimohon pada masa tersebut.
Selamat membuat Permohonan Pertukaran Guru. Semoga anda berjaya.
Related : modul bagi sistem pengurusan, modul egtukar, permohonan dan semakan, sistem pengurusan sekolah sps