Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan KV 2025 Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Online

Perhatian buat pelajar PT3 atau Tingkatan Tiga tahun 2025 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran. Menerusi makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan online kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Ambilan 2025 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2024 akan di buka mulai 1 Ogos 2024.

Tarikh tutup permohonan pula adalah pada 8 September 2024. Maklumat lanjut rujuk kenyataan media KPM berkaitan Pentaksiran Baharu Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2025.

  • Calon yang tidak dapat mengakses sistem, anda dikehendaki memohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui Guru Kelas di SMK
  • Semakan keputusan Tawaran KV dan SMT : Klik SEMAKAN KV/ SMT
  • Rayuan permohonan kemasukan KV dan SMT klik RAYUAN KV

permohonan kv smt 1

Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Teknik (SMT) 2025 Online

Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2024 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan 2025 seperti berikut :-

  • Program Kolej Vokasional : KV
  • Aliran Teknikal : SMT
  • Program Kemahiran / Apprenticeship di Kolej Vokasional

Tarikh Penting Permohonan KV Ambilan Tahun 2025

  • Buka Permohonan : 1 Ogos 2024
  • Tarikh Tutup : 8 September 2024

A. Murid Lepasan Tingkatan 3 yang menduduki PBS / PAV

1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)

  • Program ini merangkumi dua (2) tahun di peringkat sijil
  • Murid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Murid yang dianugerahkan SVM dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional
  • Murid yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Matlamat Program Kolej Vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir bagi memenuhi keperluan industri dan entrepreneur.

2. Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia

Aliran Teknikal yang di tawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut. Bidang-bidang tersebut adalah:

  • Pengajian Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  • Perdagangan
  • Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:

  • a. Tingkatan 4
  • b. Tingkatan 5

dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

3. Program Kemahiran di KV

Program Kemahiran / Apprenticeship melibatkan pengajian selama dua (2) tahun di peringkat sijil

  • Pengajian akan dijalankan secara SLDN/SKM Penuh
  • Setelah murid lulus dengan jayanya, murid akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Institusi

Cara Buat Permohonan KV dan SMT Online

Pemohon perlu mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT Online : Klik https://spskt4.moe.gov.my/

Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2024 seperti berikut:-

  • A. KV : Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran  Perdana/ Akademik

Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :

  • Pentaksiran Pusat (PT3)
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Syarat Umum

    • Calon adalah Warganegara Malaysia;
    • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2024;
    • Calon mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
    • Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK);
    • Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
    • Calon sihat tubuh badan;
    • Calon mestilah tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
    • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA; dan
    • Calon berminat dengan program dipohon
  • Syarat Khusus

    • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains
    • Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
  • Syarat Tambahan

    • Program IBM P-TECH@Kolej Vokasional – calon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 bagi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
  • B. SMT : Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/ Akademik)

    • Syarat Umum

      • Calon adalah Warganegara Malaysia;
      • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2023;
      • Calon mendaftar Modul Pengurusan Murid
      • Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK);
      • Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
      • Calon sihat tubuh badan;
      • Calon mestilah tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
      • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA; dan
      • Calon berminat dengan program dipohon
    • Syarat Khusus

      • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
        • Bahasa Melayu
        • Bahasa Inggeris
        • Matematik
        • Sains
        • Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer

C. PROGRAM APPRENTICESHIP/ KEMAHIRAN (Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)

  • Syarat Umum Dan Khusus

    • Calon adalah Warganegara Malaysia;
    • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2024;
    • Calon mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
    • Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK);
    • Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
    • Calon sihat tubuh badan;
    • Calon mestilah tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
    • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA;
    • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
    • Calon berminat dengan program dipohon.

Info Lanjut

Maklumat lanjut untuk informasi di bawah ini boleh dirujuk di applikasi permohonan online :-

  1. Panduan Permohonan
  2. Maklumat Kolej Vokasional
  3. Maklumat Sekolah Menengah Teknik

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di
Alamat BPTV:

Aras 6, Blok E14, Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
No. Telefon :

u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian

03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094

Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.

Untuk calon yang tidak berjaya, Calon boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Selamat membuat Permohonan Kolej Vokasional 2025 Dan Sekolah Teknik Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda nanti.

Related : rayuan walk in pendidikan teknik dan vokasional untuk memohon penting permohonan aliran perdana akademik agama mengikuti aliran pelajar tingkatan 3 menduduki pentaksiran berasaskan sekolah membuat permohonan kemasukan berminat dan berkelayakan pbs aliran perdana akademik pelajar yang berminat borang permohonan online, program pendidikan asas vokasional https sptv.moe.gov.my pendidikan asas vokasional pav sekolah bantuan kerajaan, kv dan smt 2021, untuk makluman, kolej vokasional dan sekolah, secara dalam talian, 6 blok e14 kompleks e
latihan teknikal dan vokasional tvet
umum permohonan kemasukan ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan
mendaftar dalam bidang vokasional dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama
dipelawa untuk memohon mana mana program vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan
senarai smt dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
berikut merupakan program yang ditawarkan
artikulasi penulisan 10 secara bertulis
membuat permohonan kemasukan ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan. mendaftar dalam bidang vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan