Bagaimanakah cara untuk mendapatkan no pin e filing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Berikut adalah panduan mendapatkan no pin e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa PKP buat panduan pembayar cukai yang ingin mengisi borang penghantaran cukai pendapatan secara online.
Gunakan Borang Maklum Balas Pelanggan
- Layari Maklum Balas Pelanggan LHDN
- Pilih Kategori Maklum Balas > Permohonan > Permohonan No Pin
Permohonan Nombor Pin e-Filing Online Dalam Tempoh PKP
1. Nombor Pin Sijil Digital Individu
Dokumen berikut perlu dilampirkan semasa permohonan :-
- i. Borang CP55D
- ii. Salinan kad pengenalan /passport pemohon
Sekiranya terdapat perubahan di dalam maklumat peribadi (Contoh : Alamat surat menyurat, no telefon, alamat dan lain-lain), sila sertakan bersama dokumen berikut :-
2. Nombor Pin Sijil Digital Organisasi (SeFO)
Dokumen berikut perlu dilampirkan semasa permohonan :-
- i. Borang CP55B
- ii. Dokumen sokongan. Klik PANDUAN untuk dapatkan senarai dokumen mengikut jenis organisasi
3. Nombor Pin Sijil Digital Pentadbir (SeFP)
Dokumen berikut perlu dilampirkan semasa permohonan :-
- i. Borang CP55E
- ii. Dokumen sokongan
4. Sila pastikan fail-fail yang dimuat naik mengikut spesifikasi berikut :
- i. Format : *.pdf
- i. Saiz : 2 MB sahaja
- i. Label : Alphanumerik sahaja (a-z, A-Z dan 0-9)
5. Permohonan yang tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap boleh menyebabkan ianya tidak akan diproses.
NOTA : No PIN e-Filing akan hanya dikeluarkan sekiranya permohonan lengkap
Kelebihan Menggunakan e-Filing
- Jaminan keselamatan data
- Capaian pada bila-bila masa sahaja
- Lebih mudah dan cepat diurus
- Tiada kehilangan borang
- Pengiraan cukai yang tepat
- Pengesahan penerimaan BNCP
- Mempercepatkan proses bayaran balik
Maklumat Lanjut
Sila rujuk infografik berikut bagaimana cara membuat permohonan No PIN e-Filing semasa tempah PKP.