Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Online SPA Melalui Borang SPA8i Bagi Calon Lepasan SPM

Perhatian dan panduan buat mereka yang sedang mencari jawatan kosong di Sektor Awam. Permohonan online SPA melalui borang SPA8i bagi calon lepasan SPM dan yang setaraf. Bagi calon yang baru sahaja menamatkan peperiksaan awam SPM, anda digalakkan supaya memohon secara online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam.

Permohonan Borang SPA8i Online Lepasan SPM

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan atau pendaftaran Borang Pendaftaran Pekerjaan Kerajaan. Untuk mendapatkan borang secara online, sila KLIK DISINI

borang permohonan spa8i

Cara Membuat Permohonan SPA8 Online

  • 1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang online
  • 2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru.
  • 3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang. Anda perlu mendaftar sebelum boleh dapatkan borang secara online.

Syarat-Syarat Pendaftaran SPA8i

  • Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
  • Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan kosong yang dilaporkan
    oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan
    akan dipanggil temuduga

* Syarat terkini SPA8i

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan dimohon untuk mengemaskini/ memasukkan alamat e-mel yang tepat di borang permohonan masing-masing bagi mengelakkan kegagalan penerimaan e-mel mengenai panggilan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga dan sebagainya sekiranya berkaitan oleh calon.

Sekiranya calon tidak menerima e-mel urusan dari pihak SPA, calon adalah dikehendaki menyemak folder SPAM/Junk Email dan memastikan mailbox e-mel tidak penuh.

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:

  • (a) Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun;
  • (b) Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja tidak termasuk jawatan PDRM;
  • (c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
    • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja
    • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM
    • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam dan menghantar semula permohonan.

DAFTAR AKAUN BAHARU/LUPA KATA LALUAN

Mulai 1 Julai 2016, SPA telah membuat penambahbaikan bagi Daftar Akaun Baharu dan Lupa Kata laluan melalui integrasi dengan JPN . Pemohon yang pertama kali daftar akaun baru perlu mengisi nombor kad pengenalan dan nama penuh seperti dalam kad pengenalan dan akan dihantar ke JPN untuk semakan terlebih dahulu sebelum Log Masuk MyID.

Pemohon yang sudah mendaftar dan terlupa kata laluan perlu mengisi maklumat keselamatan seperti nama ibu (first name) dan negeri kelahiran pemohon atau alamat seperti dalam kad pengenalan dan maklumat ini juga akan dihantar ke JPN untuk semakan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)

Pemohon boleh mengemaskini  dan menyemak status permohonan pada   bila-bila   masa   seperti   maklumat   temuduga   dan peperiksaan  dimana  sistem  ini  dijana  secara  automatik  dalam  tempoh 24 jam

Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my

Pautan Baru Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

* Berikut merupakan dua pautan baru :

Semakan Keputusan Peperiksaan SPA Online

  • Sila klik http://e-semakan.spa.gov.my/

Semoga berjaya semua buat pemohon SPA online.

Related search : lupa kata daftar akaun baru hakcipta terpelihara 2019 spa terma syarat dasar privasi dasar keselamatan penafian webmaster at spa.gov.my internet explorer pusat temu duga sila gunakan portal spa8 kemaskini jawatan permohonan jawatan kosong perkhidmatan awam spa8i