Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2024/ 2025 Online. Anda berminat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah? Permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah – Mesir dan Jordan bagi sesi kemasukan 2024/ 2025 akan dibuka pada Jun 2024 untuk lepasan STAM dan lepasan SPM dan Diploma Qiraat.
Untuk makluman, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah perlu membuat permohonan secara atas talian di applikasi permohonan yang dikongsikan di bawah ini. Program pengajian yang diatwarkan adalah Program Ijazah Sarjana Muda bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam.
Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi Kemasukan 2024/ 2025 online
Berikut adalah maklumat penting tentang tarikh permohonan dibuka dan tarikh tutup permohonan.
A. Permohonan Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Permohonan atas talian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 4 Jun 2024 (Selasa) dan akan ditutup pada 28 Jun 2024 (Jumaat)
Pemakluman kepada pelajar yang layak mohon akan diumumkan pada bulan Julai. Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini.
*Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu dihantar secara (pos laju/pos berdaftar/serahan tangan) ke Bahagian Education Malaysia Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini.
*Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf adalah berjumlah RM350.00 seorang.
B. Permohonan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Permohonan atas talian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 4 Jun 2024 (Selasa) dan akan ditutup pada 28 Jun 2024 (Jumaat)
Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini.
*Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu dibawa bersama ketika proses pendaftaran pelajar di Universiti yang dipohon.
*Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf mengikut jumlah yang telah ditetapkan iaitu bagi pemilihan IPT di Jordan bayaran berjumlah RM520.00 seorang, Universiti Al-Azhar di Mesir bayaran berjumlah RM350 dan selain universiti Al-Azhar bayaran berjumlah RM285.00.
C. Aplikasi Permohonan
- Klik : https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/
- Buat pendaftaran baharu, jika belum pernah mendaftar
Borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi pada tarikh yang dinyatakan.
Maklumat Penting Permohonan Timur Tengah 2024/ 2025
Pemohon bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.
KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.
Sila rujuk
- Panduan Permohonan
- Syarat Permohonan
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut :-
- Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA - No. Tel : 03-8870 6627/ 6226
No. Faks. : 03-8870 6853 - Emel : tt.bem@mohe.gov.my
Selamat memohon dan semoga berjaya buat pemohon Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2024/ 2025 Online. Semoga berjaya dalam permohonan ini nanti.