E-Prasekolah : Cara Daftar PraSekolah KPM 2022 Online. Perhatian buat ibu bapa dan penjaga. Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2022 akan dibuka mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021 untuk pendaftaran atas talian (online).
Pendaftaran PraSekolah boleh dibuat secara dalam talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual. Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif
Konsep Pendidikan Prasekolah
Pendidikan ini adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.
Ianya bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Objektif pendidikan ini adalah :-
- Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
- Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
- Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
- Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
- Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
- Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
- Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
Pendaftaran PraSekolah KPM 2022 Online
Berikut dikongsikan maklumat Pendaftaran PraSekolah KPM 2022 Online untuk panduan ibu bapa penjaga. Mereka yang mempunyai anak sekitar umur 4 hingga 5 tahun dan bakal memasuki prasekolah tahun hadapan, boleh memohon.
Syarat Kelayakan Memohon
- Kanak-Kanak Warganegara Malaysia
- Kanak-Kanak lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 15 Januari 2018
- Pemilihan murid adalah berdasarkan merit
Cara Mendaftar PraSekolah 2022 KPM
A. Online
Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang ePraSekolah.
- Applikasi Permohonan : https://eprasekolah.moe.gov.my
- Manual Pengguna : Klik Manual
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu
- Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar
- Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
- Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2021
Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021
B. Permohonan Manual
Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2021
- Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon.
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon
Murid prasekolah Pendidikan Khas
- Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.
- Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD
- Pengesahan dan pendaftaran
Check Status PraSekolah Online
Status permohonan/ pendaftaran boleh disemak secara online pada 5 Ogos 2021 dengan mengklik butang SEMAK PERMOHONAN di ruangan LAMAN PENGGUNA. Untuk permohonan yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kepada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran.
Rayuan permohonan boleh dibuat dengan mengklik butang RAYUAN PERMOHONAN pada tarikh 5 Ogos hingga 20 Ogos 2021.
Selamat membuat Permohonan. Semoga perkongsian cara daftar murid PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ini bermanfaat buat semua.
Related : kpm tahun 2021 secara membuat pendaftaran tertakluk kepada pindaan online dan manual 2 januari 2015 untuk membuat untuk kemasukan secara atas talian online dipohon selewat lewatnya 1 mac 2020 secara manual melalui sekolah, 30 april, tarikh permohonan permohonan online pra sekolah