Semakan Daftar Mengundi SPR Secara Online Dan SMS. Sudahkah anda bersedia untuk mengundi pemimpin anda? Jika belum lekas-lekaslah buat pendaftaran pemilih pilihanraya mengikut langkah-langkah yang telah disyorkan oleh SPR di bawah ini.
Kepada mereka yang telah mendaftar termasuk kepada pengundi di Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) tahun 2018, anda boleh membuat Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara Online dan SMS bermula 16 April 2018. Maklumat yang dipaparkan adalah maklumat peribadi pemilih serta daftar pemilih yang disahkan iaitu lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen, Negeri, Pusat Mengundi, Saluran, Masa Mengundi dan Bilangan.
Cara Buat Semakan Daftar Pemilih SPR Secara Online Dan SMS
Semakan Daftar Pemilih Online
- 1) Semakan Pengundi SPR. Sila Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa “-” atau “space”). Maklumat semakan adalah Daftar Pemilih bagi tujuan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diwartakan pada 10 April 2018
Semakan Secara SMS
- Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888
- Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888
Panggilan ke Call Center
- No : 03-8892 7018
Cara Membuat Pendaftaran Pemilih SPR
Orang ramai boleh membuat pendaftaran pemilih di pusat-pusat pendaftaran yang dikongsikan di bawah ini kerana SPR melaksanakan sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun.
Untuk makluman, 30 September 2016 sebagai tarikh tutup pendaftaran pemilih untuk mengundi di PRU14 adalah tidak benar. Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh akhir bagi pendaftaran yang akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2016.
Individu yang mendaftar dalam tempoh bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016 akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat 2016.
Anda layak mendaftar sebagai pengundi dengan membuat pendaftaran pemilih dengan syarat anda memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
Pusat Pendaftaran
- (a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya
No. Telefon: 03-88927000
- (b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
- (c) Maklumat pejabat-pejabat pos
- (d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
- (e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri. Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
- (f) Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
Cara Untuk Mendaftar
A. UNTUK PEMILIH BIASA
- (a) Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
- (b) Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- (c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
- (d) Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
- (e) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
B. UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR
- (a) Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
- (b) Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
- (c) Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- (d) Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
- (e) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
Nota:
- (a) Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
- (b) Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
- (a) Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
- (b) Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- (c) Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
- (d) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
- (e) Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
- (f) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
SUMBER – SPR
Selamat membuat Semakan secara Online Dan SMS. Selamat mengundi pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nanti.
Related : kajian semula persempadanan tempat mengundi pemilih berdaftar myspr semak aplikasi mudah alih