Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Ke Tahun 1 2022-2023 Online. Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang telah membuat pendaftaran atau permohonan kemasukan anak mereka ke Tahun 1 Ambilan 2022. Melalui makluman SPS – Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT), adalah dimaklumkan yang semakan keputusan permohonan murid ke Tahun 1 Ambilan 2022 boleh disemak secara online.
Tarikh semakan adalah dijangka bermula dari bulan November 2021 untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja. Untuk negeri-negeri lain, tarikh semakan keputusan adalah pada 1 Ogos 2021.
Semakan Keputusan Permohonan Ke Tahun 1 Ambilan 2022
Berikut dikongsikan maklumat penting untuk ibu bapa atau penjaga dalam membuat Semakan online Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2022:-
- Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 bagi sekolah-sekolah Putrajaya sesi kemasukan 2022 boleh disemak mulai tarikh 1 November 2021
1 Ogos 2021. Penempatan hanya kepada penduduk Putrajaya sahaja.- Rayuan penempatan bagi sekolah-sekolah Putrajaya boleh dibuat di atas talian pada tarikh di atas.
- Negeri-negeri lain : Tarikh semakan adalah pada 1 Ogos 2021
- Rayuan penempatan adalah dari 1 hingga 30 Ogos 2021 (Atas talian sahaja)
- Ibu bapa/ Penjaga diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak mereka di sekolah yang telah diluluskan mulai 1 hingga 31 Ogos 2021 secara dalam talian
- Keputusan rayuan adalah pada 1 Oktober 2021
Cara Semak Secara Online/ Atas Talian
Semakan boleh dibuat secara online dengan melayari Laman Semakan SPAT dan ikuti langkah seperti berikut :-
- LOG MASUK – TAHUN 1 – SEMAK PERMOHONAN
Nota : Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome
Jika terlupa katalaluan, klik pada butang Lupa Katalaluan untuk mendapatkan semula katalaluan anda
Untuk makluman, permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2022 dan 2023 telah dibuka pada 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia termasuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan yang sebelum ini dibuat melalui sekolah secara manual.
Selamat membuat semakan dan semoga anak anda berjaya dalam permohonan ke Tahun 1 ambilan 2022. Moga pendaftaran anak anda berjaya.
Related : darjah 1 murid ke tahun satu kementerian pendidikan malaysia spatkpm 1 januari 2016 maklumat lanjut 2 januari 2015