Anda ada anak yang menduduki peperiksaan UPKK Tahun 2023 ini? Tarikh rasmi keputusan UPKK 2023 diumumkan adalah pada satu tarikh pada bulan April. Pada tahun lepas, keputusan peperiksaan UPKK telah diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tarikh 9 Mac 2023.
Untuk makluman, UPKK tahun ini buat julung kali menggunakan modul penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Ianya menggantikan peperiksaan bertulis meliputi lapan subjek dengan tempoh dipanjangkan dari 28 November hingga 1 Disember lalu ekoran isu kebimbangan penularan kes wabak Covid-19.
Keputusan UPKK diterima bagi kemasukan tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan.
Semakan Keputusan UPKK 2023 Secara Online Dan SMS
Bermula pada tahun 2017, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui dengan lebih cepat dan pantas keputusan UPKK iaitu dengan membuat semakan keputusan UPKK tahun 2023 secara online melalui no kad pengenalan. Semakan secara SMS juga disediakan.
Berikut adalah maklumat semakan keputusan UPKK 2023 secara online untuk panduan pelajar dan ibu bapa :-
- 2023 : Hari Khamis, 18 April 2024 bermula jam 1100 pagi
- 2022 : Hari Khamis, 9 Mac 2023
- 2021 : Hari Selasa bermula jam 1100 pagi, 28 Disember 2021 sehingga 11 Januari 2022
- 2019 : Hari Rabu bermula jam 11 pagi, 18 Disember 2019 dan akan tamat pada 25 Disember 2019
- 2018 : Hari Selasa bermula jam 11 pagi , 18 Disember 2018 dan akan ditamatkan pada 11 pagi, 25 Disember 2018
- 2017 : Hari Isnin, 29 Januari 2018 (1100 pagi) sehingga 5 Februari 2018 (500 petang)
- 2016 : 15 Februari (1100 pagi ) sehingga 21 Februari 2017 (1100 pagi)
Link Applikasi Semakan
Klik : Sistem Maklumat Pendidikan Islam Simpeni
Semakan Secara SMS
Semakan keputusan UPKK 2023 secara SMS boleh dibuat bermula jam 1100 pagi pada tarikh rasmi keputusan UPKK diumumkan.
Cara Buat Semakan UPKK 2023
- UPKK <Jarak> NoMYKID dan SMS ke 15888
- Contoh mesej penghantaran : UPKK 060515036884
- UPKK <jarak> NoPengenalanKhas dan SMS ke 15888
- Contoh mesej penghantaran UPKK BS76517
Nota
- Pastikan No MyKid/No Sijil Lahir seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan
- Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi
- Caj Penghantaran adalah RM0.15 dan Caj Penerimaan RM0.20 (Tidak termasuk GST).
- Perkhidmatan tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX
Analisis Keputusan Peperiksaan UPKK 2021 – akan dikemaskini
Tahun Sebelumnya
Dipetik dari BH online, berikut adalah analisa ringkas keputusan peperiksaan UPKK 2016 :-
- Seramai 194,258 calon menduduki peperiksaan itu 4,469 pusat peperiksaan seluruh negara.
- 46,461 calon (23.9 peratus) yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2016 telah memperoleh 8A iaitu peningkatan empat peratus berbanding tahun lalu
- Semua calon mencatat kelulusan 100 peratus, pencapaian selama tiga tahun berturut-turut bagi peperiksaan itu sejak 2014
- Mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) mencatat kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti mata pelajaran al-Quran yang mencatat 99.6 peratus kelulusan
- Pencapaian UPKK 2016 menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, Tilawah Al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian
- Mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan (94.23 peratus), Lughatul Quran (91.83 peratus) dan Adab (Akhlak Islamiah) (90.48 peratus)
Apa Itu Peperiksaan UPKK?
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.
Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Al-Quran, Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
Matlamat UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan serta hafazan Al-Quran serta amal ibadat dan cara hidup Islam. Disamping itu ianya dapat enilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain, menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar serta menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis jawi.
Peperiksaan ini penting untuk murid yang berhasrat menyambung pengajian di sekolah agama kerajaan negeri dan turut menjadi prasyarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri.
Semoga berjaya buat semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPKK 2022.Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam UPKK kali ini.