Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV Online. Sudahkah anda membuat semakan nama samada anda layak atau tidak untuk mendapatkan Dekoder MYTV secara PERCUMA? Jika belum, anda boleh membuat semakan secara online di link yang dikongsikan di bawah ini.
Untuk makluman, penerima tidak perlu memohon. Penerima Unit Dekoder Percuma adalah dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2016) dan beralamat di kawasan liputan DTT.
Nota Penting
Kerajaan telah merancang untuk menutup siaran TV analog pada tahun 2018. Penduduk Malaysia yang tidak menggunakan siaran DTT atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen selepas siaran analog ini ditutup.
Semakan Nama Penerima Unit Dekoder Percuma MYTV
Berikut dikongsikan cara membuat semakan nama penerima dekoder percuma MYTV secara online.
- Layari Laman Web MYTV
- Klik MYTV (Unit Dekoder Percuma)
- Masukkan No Kad Pengenalan
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan status penerima dekoder percuma Mytv melalui khidmat SMS dengan menaip:-
- MYTV Dekoder NoKP ke 15888
Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.
Saluran Yang Ditawarkan
Berikut adalah Saluran yang boleh ditonton :-
- TV1
- TV2
- TV3
- NTV7
- TV9
- TV ALHIJRAH
- TVi
- Bernama News
- 8TV
* Saluran akan ditambah dari masa kesemasa
Apakah Televisyen Terestrial Digital (DTT)?
Menurut Laman Web MYTV, berikut dikongsikan apa itu DTT? Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO.
Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11. Sumber Laman Web MYTV
Selamat membuat Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV Online. Semoga anda tersenarai sebagai salah seorang penerima dekoder percuma MYTV.