Semakan Keputusan Permohonan Jawatan Kosong PDRM Polis DiRaja Malaysia Online. Berikut adalah informasi terkini tahun 2018 mengenai pengambilan jawatan kosong di PDRM termasuk semakan keputusan online melalui Sistem SSO. Kepada pemohon yang berminat untuk menyertai PDRM, anda boleh merujuk makluman terkini di Laman Facebook PDRM yang akan dikemaskini dari masa kesemasa seperti makluman penting di bawah ini.
Selain semakan untuk Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM, Sistem semakan SSO ini boleh juga digunakan oleh pengguna untuk membuat semakan Saman Trafik, Semakan Status Keputusan Repot Polis dan Status Permohonan Lesen Am. Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai pengguna rasmi terlebih dahulu dan seterusnya log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Semakan Keputusan Permohonan PDRM Online
Berikut dikongsikan makluman rasmi dari FB PDRM yang memaklumkan bahawa Semakan status panggilan temuduga PDRM boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM. Semakan keputusan untuk temu duga adalah bagi jawatan :
- Inspektor ( L / W )
- Sarjan ( L / W )
- Konstabel Lelaki
- Konstabel ( L / W ) dari kalangan atlet / sukan
- Konstabel Sokongan ( L / W ) dari kalangan atlet / sukan
Semakan Terkini September 2018
Semakan status eksesais : Ujian pemeriksaan fizikal dalam sistem semakan online (sso) polis diraja malaysia
Bermula 12 september 2018 hingga 15 oktober 2018, warganegara malaysia yang telah memohon jawatan inspektor polis gred ya13 (lelaki) / konstabel polis gred ya1 (lelaki & wanita) serta konstabel polis gred yt1 (lelaki) melalui sistem pendaftaran pekerjaan dalam portal rasmi suruhanjaya perkhidmatan awam (spa8i), dikehendaki membuat semakan di laman sesawang sistem semakan online (sso) polis diraja malaysia di https://sso.Rmp.Gov.My bagi menyemak kelayakan menghadiri eksesais ujian pemeriksaan fizikal. (rujuk lampiran untuk melihat ikon di laman sesawang sso yang perlu diklik bagi menyemak status kelayakan).
Hanya calon-calon yang menepati syarat ditetapkan pdrm sahaja akan disenaraikan di dalam sistem sso pdrm dan layak untuk hadir ke eksesais ujian pemeriksaan fizikal inspektor polis gred ya13 (lelaki) / konstabel polis gred ya1 (lelaki & wanita) serta konstabel polis gred yt1 (lelaki) berdasarkan tarikh dan lokasi yang telah dinyatakan di dalam sistem tersebut. Tiada ujian pemeriksaan fizikal terbuka akan diadakan.
Calon yang terpilih perlu mencetak surat panggilan eksesais ujian pemeriksaan fizikal dan menyediakan semua keperluan yang dinyatakan di dalam sistem berkenaan, semasa menghadiri eksesais tersebut.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh diajukan terus ke unit pengambilan, bahagian perkhidmatan/perjawatan polis diraja malaysia di talian 03-2266 8346 / 8348 / 8350 atau e-mel ke pengambilan@rmp.Gov.My
2017/ 2018
Calon-calon yang telah menduduki Ujian Integriti pada bulan Oktober – Disember 2017, boleh membuat semakan di Laman Semakan di pautan https://sso.rmp.gov.my
PERUBAHAN TEMPAT TEMU DUGA BAGI JAWATAN SARJAN (L/W) DAN KONSTABEL LELAKI 2018 SEPERTI BERIKUT :
1) KONTINJEN PAHANG
Pusat temu duga BN 7 PGA Bukit Galing, Kuantan Pahang ditukar ke Kompleks START Alor Akar, Kuantan Pahang.
2) KONTINJEN NEGERI SEMBILAN
Pusat temu duga IPD Seremban, Negeri Sembilan di tukar ke IPK Negeri Sembilan.
PERUBAHAN TARIKH TEMU DUGA BAGI JAWATAN INSPEKTOR (L/W) 2018 SEPERTI BERIKUT :
1) KONTINJEN KUALA LUMPUR
Maktab PDRM Kuala Lumpur tarikh 25 Februari 2018 (Ahad) dipinda ke tarikh 23 Februari 2018 (Jumaat)
2) KONTINJEN SABAH
IPK Sabah tarikh temu duga pada 4 Mac 2018 (Ahad) dipinda ke tarikh 2 Mac 2018 (Jumaat)
Lain-lain kontinjen tiada perubahan.
Sesi Temuduga Bagi Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Sokongan (Lelaki/ Wanita)
- Tarikh semakan : Bermula 1 April 2016
- Applikasi Semakan http://sso.rmp.gov.my/ di Link Semak Pengambilan Jawatan PDRM
- Sila masukkan No Kad Pengenalan Baru dan klik Butang SEMAK
Eksesais temuduga ini adalah bagi calon-calon yang telah menjalani ujian fizikal bermula dari 1 Februari sehingga 8 Mac 2016 yan lepas.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03-2266 8349 / 8350 / 8351.
- Nak lulus cemerlang Peperiksaan SPA online – KLik Buku Panduan SPA
Nota
- ‘Temu Duga Bagi Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel’ akan dilaksanakan mulai 01/03/2016 hingga 14/04/2016.
- Calon-calon yang gagal menghadiri temu duga pada tarikh yang ditetapkan adalah dianggap tidak berminat dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi Polis, TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM. Warganegara Malaysia yang berminat perlu membuat permohonan jawatan kosong PDRM – Polis DiRaja Malaysia di SPA. Panduan permohonan boleh dirujuk di Jawatan Kosong PDRM. Semoga berjaya untuk mengejar cita-cita anda menjadi seorang Polis.