Panduan terkini dikemaskini pada

eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Online

eGUMIS Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Dengan Mudah. Semakan wang tak dituntut secara online? Ramai yang mungkin tidak tahu terdapat wang milik mereka di dalam bank, firma atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya. Jadi bagaimanakah cara membuat semakan wang tidak dituntut atau ringkasnya WTD? Untuk makluman, semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Dan kini ianya boleh disemak secara online melalui sistem eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System yang baharu diperkenalkan pada Januari 2020.

Dilaporkan oleh Utusan, terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah ter­kumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tun­tutan dibuat. Oleh itu kepada mereka yang ingin membuat semakan WTD, sila rujuk kepada panduan cara di bawah ini untuk membuat tuntutan dan pembayaran.

egumis

Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Melalui eGUMIS Dan Kaunter JANM

Berikut dikongsikan Cara membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara manual dengan menghadirkan diri ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara seluruh negeri dan juga secara atas talian/ online melalui eGUMIS.

Untuk makluman pengguna, wang tak dituntut termasuklah wang dari akaun-akaun bank yang tidak aktif, bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama kita bekerja atau mana-mana firma yang mempunyai kaitan dengan kita.

Syarikat-syarikat yang dinyatakan ini mungkin gagal untuk menyerahkan sen­diri wang hak anda atas faktor pertukaran alamat dan maklumat peribadi yang tidak lengkap. Pihak terbabit akan menyerahkan wang itu kepada Pendaftar WTD yang bertanggungjawab untuk membayar balik WTD kepada tuan punya wang yang berhak.

1) Semakan WTD Secara Online Melalui Sistem eGUMIS

Bagi fasa awal, hanya semakan wang tak dituntut sahaja dibuka. Untuk permohonan tuntutan wang tak dituntut pula, dokumen permohonan yang telah lengkap boleh dikemukakan melalui pos ke Pejabat Pendaftar atau hadir ke Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri/ Cawangan yang berdekatan dengan tempat anda.

Bermula Januari 2020, semakan Wang Tak Di Tuntut (WTD) boleh disemak secara atas talian di pautan berikut :-

login egumis

Langkah-Langkah Semakan eGUMIS

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengakses sistem eGUMIS :-

eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut Online
1. Untuk Pendaftaran kali pertama, pengguna perlu mengklik pada butang pendaftaran untuk membuat pendaftaran kali pertama
2. Skrin pendaftaran pengguna akan dipaparkan. Pengguna perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, jenis pengenalan, no kad pengenalan, emel, nama pengguna dan pengakuan bersetuju. Setelah itu pengguna perlu klik butang daftar
3. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
4. Kemudian tekan butang log masuk. Isikan nama pengguna seperti yang didaftarkan dan kata laluan sementara seperti yang diterima melalui emel pengguna
5. Skrin tukar kata laluan akan dipaparkan. Isikan kata laluan sementara dan masukkan kata laluan baharu dan ulang kata laluan baharu. Kemudian tekan butang simpan untuk mengemaskini maklumat pengguna
6. Skrin kemaskini maklumat pengguna akan dipaparkan. Sila lengkapkan maklumat seperti alamat, negara, negeri, poskod, bandar dan no telefon bimbit. Kemudian tekan butang simpan
7. Skrin carian wang tak dituntut akan dipaparkan. Untuk membuat semakan, sila klik pada butang carian wang tak dituntut kemudian masukkan no kad pengenalan. Tekan butang cari dan hasil carian akan dipaparkan
8. Maklumat wang tak dituntut dipaparkan. Jika anda ingin membuat cetakan sila klik butang cetak
Nota Semakan Wang Tak Dituntut Melalui eGUMIS Online
1. Untuk fasa awal, pengguna hanya boleh membuat semakan sahaja. Untuk permohonan, dokumen lengkap boleh dikemukakan melalui pos ke pejabat pendaftar atau hadir ke kaunter pejabat pendaftar atau JANM Negeri/cawangan berdekatan
2. Carian rekod WTD online adalah berdasarkan rekod yang diserahkan oleh pihak syarikat/firma bagi tahun kewangan 2006 hingga kini
3. Jika pengguna eGumis tidak menerima kata laluan sementara atau telah menerima kata laluan tetapi tidak berjaya log masuk, anda diminta untuk membuat pendaftaran semula di portal eGumis
4. Maklumat Lanjut, sila rujuk :  Soalan Lazim FAQ eGUMIS

2) Semakan Wang Tidak Di Tuntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara (ANM)

Untuk makluman, cara membuat semakan cukup mudah seperti berikut :-

  1. Datang atau hadir sendiri ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) di seluruh negeri. Senarai Lokasi JANM di seluruh negeri ada dipaparkan di Lokasi JANM
  2. Bawa Kad pengenalan/ MyKad dan serahkan MyKad di kaunter
  3. Pegawai bertugas JANM akan membuat semakan melalui sistem dan tidak sampai lima minit pemohon akan dapat tahu jika mempunyai WTD
  4. Tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan
  5. Semakan waris yang telah meninggal dunia boleh juga dibuat. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris
  6. Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut
  7. Sertakan beberapa dokumen berkaitan yang antara lain meliputi salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik secara bank-in.

Untuk panduan selanjutnya, sila rujuk Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut dalam PDF.

Nota Penting Semakan Wang Tidak DiTuntut

Difahamkan yang Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) kini dalam proses bagi membangunkan portal semakan dan permohonan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara online (atas talian). Menurut JANM, sistem semakan online adalah dijangka untuk beroperasi tahun depan.

Sementara menunggu portal semakan beroperasi, pengguna boleh membuat semakan WTD di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara. 

Selamat membuat semakan WTD. Semoga perkongsian Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara bermanfaat buat semua. Apa yang perlu ditekankan adalah WTD tidak mempunyai tarikh luput.