Syarat Keputusan MUET Untuk Masuk Universiti Bermula 1 Januari 2015. Berikut adalah syarat baru MUET untuk memasuki UA/ IPTA terkini seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam BAJET 2015. Beliau mencadangkan untuk peningkatkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta syarat untuk pengijazahan.
Menurut FB Rasmi UPU, keputusan MUET adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh calon yang memohon kemasukan ke IPTA peringkat IJAZAH bukan untuk kemasukan ke program DIPLOMA dan ASASI IPTA.
- Untuk kemudahan pelajar dan pemohon, sila semak syarat kemasukan terkini dan program pengajian anda di IPTA di e-Panduan UPU. Adalah diingatkan yang memang perlu ada MUET untuk layak memohon di mana Syarat Am adalah MUET band 1 tetapi Syarat Khas permohonan adalah bergantung kepada program apa yang dipohon. Ada kursus yang memerlukan MUET Band 2 dan sebagainya.
- Sila rujuk syarat am permohonan ke UA di Permohonan UPU 2016. Permohonan Lepasan STPM/ setaraf memerlukan pemohon untuk mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku.
TERKINI 2021
PENANGGUHAN SYARAT MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) UNTUK KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2021/2022
Pemohon perlu merujuk kepada Advisory Note No. 4/2021 yang dikeluarkan oleh MQA pada 7 April 2021 berkaitan dengan penangguhan pemakaian syarat tersebut.
Syarat Baru MUET Untuk Masuk Universiti
Syarat baru terkini MUET untuk masuk ke Universiti adalah lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti dalam jadual di bawah:
Syarat Masuk IPTA
- a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 2
- b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM – Band 3
- c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 4
Syarat Pengijazahan
- a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 3
- b) Pengajian STEM – Band 4
- c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 5
Institusi pengajian tinggi swasta juga digalakkan melaksanakan langkah yang sama kerana pada masa kini syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1.
MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki saja peperiksaan itu untuk dapat tempat. Kini segalanya telah berubah dan ditambah baik.
Bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah di kalangan graduan secara umumnya rendah adalah isu yang sudah dipersetujui bersama oleh banyak pihak. Kita juga bersetuju bahawa ini adalah isu yang akan jadi beban kepada negara sekiranya tidak ditangani dengan betul dan perlu ditangani segera.
PM dalam ucapannya pada pembentangan Bajet 2015 menyebut lagi betapa dianggarkan kira-kira 53,000 graduan masih belum dapat kerja biarpun enam bulan selepas habis belajar. Langkah menaikkan tahap lulus MUET itu adalah untuk membantu graduan lebih yakin diri dan ada kemahiran komunikasi untuk masuk ke pasaran kerja.
Isunya ialah penguasaan Bahasa Inggeris yang perlu diperingkatkan. Ini isu kita bersama. Ini isu yang sedang menghantui kita sekarang dan akan terus menghantui kita bertahun-tahun akan datang jika tidak dicarikan penyelesaiannya dengan segera.
Semoga Syarat Baru Keputusan MUET Ke IPTA Bermula 1 Januari 2015 ini mampu dijadikan panduan untuk terus berusaha lebih gigih lagi dalam memperbaiki keputusan peperiksaan pelajar. Semoga berjaya.