Tarikh Akhir Penghantaran Borang Cukai e-Filling 2024 LHDN Untuk Taksiran 2023. Bilakah tarikh akhir penghantaran borang dan membayar cukai pendapatan tahun taksiran 2023? Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), melalui lampiran yang boleh dirujuk di LHDN yang memaklumkan bahawa pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2023 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF mulai 1 Mac 2024 ini.
Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing) kini dikenali sebagai MyTax. e-Filing dan MyTax merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.
Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2024 LHDN (Borang e/ BE)
LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar BNCP dikenakan terhadap mereka.
Tarikh akhir pengemukakan BNCP Tahun Taksiran 2023 bagi Borang Kertas (manual) boleh dirujuk di pautan berikut :-
- Klik LHDNM
Alamat Penghantaran Borang Nyata
Borang-borang yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat berikut (mengikut jenis borang) :-
C1 / PT / TA / TC / TR / TN
- Pusat Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
Karung Berkunci 221
43659 Bandar Baru Bangi
Selangor, Malaysia
E * / BE / B / BT / M / MT / P / TP / TF / TJ
- Pusat Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
Karung Berkunci 222
43659 Bandar Baru Bangi
Selangor, Malaysia
JENIS BORANG | PENERANGAN | Tarikh Akhir MENGHANTAR Borang dan MEMBAYAR cukai pendapatan tahun taksiran 2023 |
---|---|---|
E | Penyata Oleh Majikan (bagi majikan bukan Syarikat) | 31 Mac 2024 (Tambahan masa 2 bulan untuk e-Filing) |
BE | Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan) | 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing) |
B | Borang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan) | 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing) |
P | Borang Nyata Perkongsian | 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing) |
BT | Borang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran) | 30 April 2024 (Tidak Menjalankan perniagaan) (Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing) & 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) (Tambahan masa 15 hari untuk e-Filing) |
M | Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin | SAMA |
MT | Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) | SAMA |
TF | Borang Nyata Pertubuhan | SAMA |
TP | Borang Nyata Harta Pusaka | SAMA |
TJ | Borang Nyata Keluarga Sekutu Hindu | SAMA *Tiada e-Filing |
C | Borang Nyata Syarikat | 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun. (Tambahan masa 1 bulan untuk e-Filing) |
C1 | Borang Nyata Koperasi | SAMA |
PT | Borang Nyata Perkongsian Liabiliti Terhad | SAMA |
TC | Borang Nyata Unit Amanah/ Amanah Harta Tanah | SAMA |
TA | Borang Nyata Badan Amanah | SAMA |
TR | Borang Nyata Amanah Pelaburan Harta Tanah/ Tabung Amanah Harta | SAMA *Tiada e-Filing |
TN | Borang Nyata Amanah Perniagaan | SAMA *Tiada e-Filing |
* NOTA
- * Tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDNM
- * BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh tambahan masa selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
- * Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2023 adalah 30 April 2024. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2023 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2023, BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2024 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
- Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) ACP 1967 bagi BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing / pos
Pembayar Cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing sebelum ini perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.
Manakala bagi pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing dan mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM pula, mereka boleh set semula (reset) kata laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.
Bagi pembayar cukai yang tidak mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod.
Adalah diingatkan bahawa permohonan untuk reset kata laluan e-Filing menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.
Adalah dinasihatkan “Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan,”
Apa Itu e-Filling?
e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.
Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan htpps://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my. Panduan e-filling LHDN di SINI
Sebarang maklumat lanjut, pembayar cukai boleh berkunjung ke mana-mana cawangan LHDNM terdekat bagi mendapatkan bantuan untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan Atau menghubungi Hasil Care Line di talian hotline 03-89111000 / 603-89111100 (Luar Negara) untuk keterangan lanjut.