Pin unik UPU. Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN). Berikut adalah cara membeli Nombor Pin Unik ID UPU untuk permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, IPGM, Kolej Matrikulasi dan ILKA serta lain-lain UA beserta tarikh buka dan tutup pembelian.
Untuk makluman, permohonan UPU bagi sesi akademik 2024/ 2025, pemohon perlu membeli nombor Pin Unik UPU. Tarikh pembelian Pin Unik UPU sesi 2024/2025 adalah dari 29 Februari 2024 sehingga 29 Mac 2024 untuk lepasan SPM/ setaraf dan untuk lepasan STPM/ setaraf. Harga adalah RM10.60
Panduan Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN
Berikut 3 cara atau langkah untuk anda membeli Pin Unik ID/ No.Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) :-
1. Kaunter BSN
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa IC & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan. Cara kedua dan ketiga memerlukan pemohon mempunyai akaun BSN dan kad BSN.
2. ATM ( Automated Teller Machine )
Memerlukan pemohon atau ibu bapa mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN
- Masukkan Kad dan No Pin
- Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
- Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
- Pilih Jenis Program IPTA – contohnya ‘SPM’ atau “STPM”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
- ‘YA’untuk meneruskan urusan
- Semak Maklumat
- Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
- Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan
3. SMS Banking
Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM. Juga memerlukan pemohon atau ibu bapa mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN.
Berikut langkah atau cara Untuk mendaftar di ATM atau CDM :-
Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih BahasaMasukkan No. Pin dan Pilih Urusan LainPilih Perbankan SMS dan Pilih PendaftaranMasukkan No. Telefon BimbitUrusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.
SMS ke 36898 dengan menaip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP
contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN
3. Melalui perbankan internet ( MyBSN )
Pemohon perlu mempunyai kad BSN atau akaun bank BSN bagi mendaftar masuk ke myBSN
- Log masuk ke dalam akaun myBSN
- Klik Pin Purchase
- Pilih organization UPU
- Pilih program Lepasan SPM/Setaraf atau Lepasan STPM/Setaraf
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap
- Buat bayaran secara online
Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN
Jenis permohonan
- Permohonan UPU.
- Permohonan Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi KPM College.
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM.
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke UNISEL.
- Permohonan Pinjaman PTPTN.
- Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET)
Semoga panduan Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN beserta tarikh penting ini berguna kepada pemohon yang ingin membuat permohonan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang disebutkan di atas.