Tarikh Cuti Tahun Baru Cina – Chinese New Year (CNY 2020). Mahu bercuti pada Tahun Baru Cina tahun ini? Bilakah tarikh cuti Tahun Baru Cina 2020? Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan di mana tahun ini adalah tahun Tikus manakala tahun lepas adalah Khinzir.
Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2020 Di Malaysia
Rakyat Malaysia akan bercuti Tahun Baru Cina 2020 pada hari dan tarikh berikut :-
- 25 dan 26 Januari 2020 (Sabtu dan Ahad)
Cuti tahun baru Cina merupakan antara cuti hujung minggu panjang yang terdapat pada tahun 2020.
Tahun Baru Cina (Chinese New Year)
Ianya melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Senarai Cuti Hujung Minggu Yang Panjang Di Tahun 2020
Berikut adalah senarai cuti hujung minggu atau weekend yang panjang untuk tahun 2020.
Selamat Tahun Baru Cina 2020 dan selamat bercuti buat seisi keluarga sempena cuti umum di Malaysia.