Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Tarikh Penting Bila Dapat Duit BSH Dan Masuk Akaun. Umum sedia maklum yang bantuan kepada mereka yang berpendapatan rendah dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia – BR1M akan diteruskan pemberiannya oleh Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) dengan nama yang baharu iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Berikut dikongsikan tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat tahun 2020 buat panduan penerima bantuan.

Terdapat 3 kategori yang terlibat dalam pembayaran BSH Fasa Pertama iaitu kategori kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,000, kategori isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 dan kategori isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000.

tarikh pembayaran bsh

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Bila Duit Dapat/ Masuk

Berikut dikongsikan maklumat tarikh penting pembayaran bila duit BSH akan dapat dan masuk akaun. Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka.

Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2020 fasa pertama akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 kepada seramai 3.8 juta penerima berdaftar dalam kategori isi rumah membabitkan peruntukan RM1 bilion. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019.

Penerima BSH di kawasan pedalaman bagi kategori isi rumah yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran pada tarikh yang sama. Manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun, bayaran akan dibuat mulai 1 Februari 2020 secara tunai.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pangkalan data BSH 2019 telah melalui beberapa proses tapisan daripada pelbagai agensi kerajaan, antaranya status pemilikan kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40) bagi memastikan mereka yang memerlukan sahaja menerima BSH 2020.

Baki pembayaran bagi kategori isi rumah untuk fasa kedua serta ketiga akan dibayar selepas pangkalan data BSH 2020 dikemaskini. Manakala bagi kategori bujang dan OKU akan disalurkan secara ‘one-off’ pada fasa kedua.

Pendaftaran Permohonan Dan Kemaskini BSH 2020

Untuk memastikan program amtuam BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang hanya benar-benar layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka bermula 1 Februari hingga 15 Mac 2020.

Selain kategori isi rumah, permohonan juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun ke atas seperti diumumkan dalam Belanjawan 2020.

Untuk makluman, pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu atau mengemaskini maklumat sekiranya permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat dan pemohon orang kurang upaya (OKU) yang tersenarai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Walau bagaimanapun, pemohon perlu membuat permohonan baharu atau kemas kini sekiranya belum membuat pendaftaran permohonan BSH (Kategori Baharu); permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan tidak menepati syarat kelayakan BSH 2020 dan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.

Dengan adanya proses permohonan dan pengemaskinian ini, sebahagian yang tidak lulus dan belum menerima BSH masih diberi ruang mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula.

Syarat Kelayakan Permohonan BSH 2020

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 :-

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
  4. Pasangan BUKAN WARGANEGARA Malaysia dan mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid)
  5. Hubungan anak mestilah
    • a) anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
    • b) Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) sahaja dan
    • c) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan
    • d) 18 tahun dan ke bawah atau
    • e) 19 tahun dan ke atas :
      • Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta atau
      • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tidak Layak Memohon BSH

Mereka yang TIDAK LAYAK BSH adalah seperti berikut :-

  1. Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Bekerja/ menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 40 tahun dan ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara/ ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan
  6. Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
    • Memiliki 2 atau lebih perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
    • Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad
    • Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat
  7. Pemilikan kenderaan bagi tahun buatan/ daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan keupayaan enjin kenderaan seperti berikut :-
    • Kenderaan keluaran dalam negara melebihi 2000cc
    • Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
    • Motosikal yang melebihi 500cc
  8. Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000

Jadual Pembayaran BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Berikut adalah tarikh pembayaran BSH 2020 mengikut kategori dan jumlah amaun bayaran :-

  1. Isi Rumah 1
    • Pendapatan Bawah RM2,000 (Jumlah RM1,100 + RM120/anak)
      • Fasa 1 : 20 Januari 2020 – RM300
      • Fasa 2 : 16 Mac 2020 – RM200
      • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – RM600 & RM120/ anak
  2. Isi Rumah 2
    • Pendapatan Bulanan di antara RM2,001 hingga RM3,000 sebulan (Jumlah RM850 + RM120/anak)
      • Fasa 1 : 20 Januari 2020 – RM300
      • Fasa 2 : 16 Mac 2020 – RM200
      • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – Baki RM350 + RM120/anak
  3. Isi Rumah 3
    • Pendapatan Bawah di antara RM3,001 hingga RM4,000 (Jumlah RM600 + RM120/anak)
      • Fasa 1 : 20 Januari 2020 – RM300
      • Fasa 2 : 16 Mac 2020 – RM200
      • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – Baki RM100 + RM120/anak)
  4. Kategori bujang dan OKU
    • Pendapatan Bawah RM2,000 (Jumlah RM400)
      • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – RM400

Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Maklumat Lanjut Pembayaran BSH 2020

Untuk sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT di:

  1. Hotline MOF :
    03-8882 4565 /
    03-8882 4566
  2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM :
    1-800-88-2747  (Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m)
  3. Faksimili MOF :
    03-8882 3933
  4. Sekretariat MOF:
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
  5. emel
    • bsh@treasury.gov.my
  6. Portal Rasmi BSH

Semoga perkongsian tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 ini boleh dijadikan panduan buat para penerima dalam merancang kewangan/ perbelanjaan mereka. Tahniah kepada kerajaan PH baharu yang terus membantu golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan dari kerajaan.

Related search : perdana menteri pembayaran mulai 16 mac proses pengkreditan semak penyata fasa pertama bsh 2020 permohonan baru pakej rangsangan ekonomi bank penerima bagi pembayaran mulai 16 mac 2020 pembayaran fasa pertama bsh semak penyata akaun bank pengkreditan semak penyata akaun penerima bagi pembayaran mulai penyata akaun bank penerima bulan julai 2020 fasa 1 dan 2 24 julai 2020 bulan mei maklumat pembayaran tambahan rm100 bsh fasa 2 4 orang anak