Jumlah Dan Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2025. Bilakah tarikh bayaran bonus 2025? Berita baik buat penjawat awam di negara ini. Kakitangan kerajaan akan menerima RM500 sebagai bayaran khas kewangan yang akan dibayar pada bulan Februari 2025. Pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas berjumlah RM250.
Menteri Kewangan, Dato Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Bajet 2025 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 18 Oktober 2024 telah mengumumkan pemberian bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 15 ke bawah Pesara Kerajaan dan veteran tidak berpenven juga akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM250.
TARIKH BAYARAN BONUS KAKITANGAN AWAM 2025 (BAJET 2025)
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Pemberian Bayaran Khas RM500 Kakitangan Awam 2025. Pembayaran akan dibuat pada tarikh berikut mengikut Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 (dalam PDF).
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
Pemberian turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang bersara paksa dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.00.
Pelaksanaan
- Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 sebanyak RM500.00 diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 15 dan ke bawah dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat sehingga 25 Februari 2025 dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025.
- Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025.
Jumlah Bayaran Khas
- Kakitangan awam : RM500
- Pesara : RM250
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan
Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti dinyatakan dalam pekeliling di atas akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-
- Tarikh Pembayaran : Februari 2025
Diantara faedah dan insentif yang diberikan kepada penjawat awam pada Bajet 2025 boleh dirujuk di Intipati Bajet 2025.
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025
Bayaran khas kewangan aidilfitri kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti dinyatakan dalam pekeliling bawah akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-
- Tarikh Pembayaran : 24 Mac 2025
- Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025
Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2025 ini boleh dijadikan belanja buat menyiapkan anak-anak ke sesi persekolahan 2025.