Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023 Malaysia

Menurut Kalendar Islam 2023 yang dikeluarkan oleh JAKIM, umat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut Puasa Ramadhan 2023 pada 23 Mac 2023. Ianya jatuh pada hari Khamis, 1 Ramadhan 1444 Hijrah.

Walau bagaimanapun tarikh permulaan Ramadhan ini masih tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Ramadhan pada petang 29 Syaaban 1444H. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

tarikh mula puasa ramadhan

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2023M/ 1444H Di Malaysia

Pengumuman tarikh berpuasa Ramadhan 2023 akan diumumkan/ diisytiharkan melalui radio dan TV. Berikut adalah tarikh rasmi 1 Ramadhan di Malaysia untuk tahun 2023 (1444H).

Tarikh rasmi akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

    • TARIKH PUASA RAMADHAN 2023 / 1 RAMADHAN 1444H Bersamaan dengan :
      • Khamis, 23 Mac 2023, Khamis (Akan dikemaskini)

Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan

Berikut adalah senarai lokasi atau tempat untuk program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk melihat anak Bulan Ramadan :-

Perlis

  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

Kedah

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  • Menara Alor Setar, Alor Setar

Pulau Pinang

  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Perak

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong

Kuala Lumpur

  • Menara Kuala Lumpur

Selangor

  • Bukit Melawati
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Putrajaya

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Negeri Sembilan

  • Telok Kemang, Port Dickson

Melaka

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

Johor

  • Pontian Kechil

Pahang

  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands
  • Bukit Pelindung, Kuantan

Terengganu

  • Bukit Besar, Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman
  • Pulau Perhentian, Besut
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Kelantan

  • Bukit Peraksi, Pasir Putih
  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu

Sarawak

  • Tanjung Lubang, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching
  • Tanjung Batu, Bintulu

Sabah

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Labuan

  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Kaedah Rukyah Dan Hisab

Berkemungkinan masyarakat tidak tahu atau terlupa bahawa Malaysia mengamalkan cara penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria Imkanur Rukyah.

Sebenarnya, dalam isu penentuan awal bulan ini Islam menyatakan secara jelas dalam al-Quran dan hadis perlu berpandukan kepada ‘hilal’ iaitu anak bulan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji.” (Surah al-Baqarah: 189)

Menurut Ibn Kathir dalam kitabnya Tafsir al-Quran al-‘Azim menjelaskan bahawa ‘hilal’ itu diciptakan oleh Allah SWT sebagai panduan manusia dalam menentukan waktu berpuasa dan berbuka (raya), iddah, haul zakat, tempoh berhutang, waktu haji dan lain-lain.

Seterusnya, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Berpuasalah kamu ketika telah melihat anak bulan Ramadan dan berhentilah kamu berpuasa ketika kamu melihat anak bulan Syawal, jika anak bulan tidak kelihatan bagimu maka genapkanlah bulan Sya’ban menjadi 30 hari.” (Riwayat al-Bukhari: no.1909; Muslim: 1081)

Selain itu, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu berpuasa sehingga melihat anak bulan (Ramadan) dan janganlah pula kamu berhenti berpuasa sehingga melihatnya anak bulan (Syawal). Sekiranya ia terlindung daripada kamu, maka hendaklah kamu menghitungnya.” (Riwayat al-Bukhari: no.1906; Muslim: 1080)

Namun, terdapat perbezaan amalan dan kaedah dalam penentuan anak bulan tersebut kerana kepelbagaian dalam memahami dan mentafsir maksud ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan.

Terdapat tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijah iaitu pertama, ‘rukyah’ iaitu mencerap anak bulan semata-mata. Kedua, ‘hisab falak’ iaitu kiraan hari semata-mata dan ketiga, ‘rukyah dan hisab’ dengan menggunakan ‘kriteria imkanur rukyah’ iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan.

Malaysia adalah salah sebuah negara yang mengamalkan praktis penentuan awal bulan melalui kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur rukyah. Justifikasi pemilihan kaedah tersebut adalah sebagai penyelesaian jalan tengah yang dilihat lebih hampir kepada kehendak syarak.

Kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam pada akhir bulan ‘qamariah’ berada dalam keadaan yang memungkinkan kenampakannya.

Kriteria imkanur rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal Bagi Penentuan Permulaan Bulan Hijriah di Istanbul pada 26-29 November 1978 dengan dua ketetapan iaitu pertama; ketinggian hilal tidak kurang dari 5° ketika matahari terbenam. Kedua; jarak lengkung hilal-matahari tidak kurang daripada 8° ketika matahari terbenam.

Selanjutnya, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menerima pakai Deklarasi Istanbul 1978 dengan tambahan satu syarat alternatif iaitu umur hilal tidak kurang dari 8 jam ketika hilal terbenam.

Seterusnya, pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 bertempat di Labuan, Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) bersetuju untuk mengubahsuai kriteria imkanur rukyah sedia ada.

Kriteria imkanur rukyah adalah sebelum matahari terbenam, ijtimak berlaku pada 29 haribulan hijriah dan melalui perkiraan kewujudan hilal adalah positif serta dapat memenuhi salah satu dari dua syarat iaitu pertama; ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang dari 2° dan jarak lengkung hilal-matahari tidak kurang dari 3° atau kedua; ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak berlaku.

Pada awalnya, kriteria imkanur rukyah digunakan dalam penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah sahaja, manakala bulan-bulan lain secara kaedah ‘wujudul hilal’.

Namun, pada 1995, Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam menetapkan penggunaan kriteria imkanur rukyah digunakan untuk semua bulan Hijriah dalam pelaksanaan Takwim Hijriah.

Perlu difahamai, sekiranya pemerintah dalam sesebuah negara menetapkan hilal bagi berpuasa atau berhari raya, maka wajib bagi masyarakat Islam di dalam negara tersebut untuk mengikuti kerana merupakan ketaatan dalam perkara yang makruf.

Sekiranya terdapat perselisihan dari sudut penetapan hilal di negara-negara lain, maka keputusan pemerintah di negara tersebut didahulukan berdasarkan kaedah “setiap negara itu ada rukyah yang tersendiri.”

Secara rasmi yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Raja-Raja Malaysia adalah tiga bulan sahaja, iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijah. Pihak berautoriti bertanggungjawab menyusun dan menyemak Takwim Hijrah yang diguna pakai agar betul dan tepat dengan peredaran bulan sebenar.

Demikianlah, kaedah praktis penentuan anak bulan yang dilaksanakan pada setiap 29 haribulan hijrah oleh pihak berautoriti di Malaysia melalui Jabatan Falak di Pejabat Mufti setiap negeri dengan sinergi pakar dalam bidang astronomi dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia serta wakil-wakil Institusi Pengajian Tinggi.

SUMBER : HMetro

Tarikh Penting Islam 2023

Berikut adalah tarikh penting dalam Kalendar Islam 2023 yang dikeluarkan oleh JAKIM sebagai panduan untuk Umat Islam semua.

hari kebesaran islam 2023

Diucapkan selamat berpuasa Ramadhan tahun 2023 buat semua umat Islam di Malaysia. Semoga ibadah kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Related : penetapan tarikh, umat islam di malaysia untuk tahun 2023, jabatan kemajuan islam malaysia jakim, 29 lokasi, panel pakar falak, tarikh permulaan puasa, matahari terbenam,